Khamis, 18 Jun 2015

TAJUK;HUKUMAN JENAYAH SYARIAH TERHADAP PESALAH MUDA; SATU CADANGAN  DAN PENAMBAHBAIKAN

ABSTRAK

Perkembangan Undang-undang di Malaysia sehingga kini hakikatnya masih terdapat kekurangan malahan bidangkuasa mahkamah syariah yang amat terhad dan perlu kepada penambahbaikan dari sudut pengamalan dan pelaksanaanya. Penulis cuba membicangkan perkara berkaitan  bidangkuasa mahkamah syariah dari segi hukuman ke atas pesalah syariah terutama pesalah muda iaitu dari sudut hukuman sediada yang telah di peruntukan didalam akta-akta dan juga enakmen-enakmen negeri, Dalam kajian ini  penulis akan mengulas perkara berkaitan bidangkuasa Mahkamah syariah dan Mahkamah sivil dari sudut hukuman keatas pesalah muda, objektif hukuman, isu-isu dan cabaran serta cadangan penambahbaikan terhadap hukuman sedia ada dari sudut pelaksanaanya serta melihat kepada kesan-kesan positif dan negatif  dari hasil cadangan. Kaedah kajian yang digunapakai iaitu dengan cara rujukan ke perputakaan, temubual, kajian kes, rujukan kepada jurnal undang-undang dan sebagainya. Ia bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang dihadapi oleh jabatan undang-undang dan kehakiman dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang jenayah islam di Malaysia.
Kata kunci; Bidangkuasa Mahkamah Syariah, Undang-undang jenayah syariah, pesalah muda.

PENGENALAN

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang telah ditubuhkan dengan misi dan visi serta objektif untuk menyeragamkan undang-undang, kaedah-kaedah  amalan dan pengurusan pentadbiran kehakiman Mahkamah Syariah di seluruh negara, JKSM sentiasa berusaha dan memandang ke hadapan untuk memenuhi kehendak perubahan pengurusan pentadbiran kehakiman dari masa ke semasa. Kajian ini adalah bertujuan ke arah mewujudkan penambahbaikan hukuman sedia ada amatlah diperlukan agar hukuman yang dilaksanakan lebih adil dan telus serta menjamin masa depan pesalah muda bagi meneruskan kelangsungan hidup. Sebagaimana kita maklum undang-undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi ruang lingkup takzir. Malahan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah juga amatlah terhad jika dibandingkan dengan mahkamah sivil. Sebelum adanya akta atau enakmen jenayah syariah negeri-negeri, undang-undang berkaitan dengan jenayah syariah kebanyakannya diperuntukkan di bawah enakmen pentadbiran undang-undang Islam negeri-negeri. Dari aspek bidang kuasa jenayah, hukuman maksimun yang diperuntukkan di dalam enakmen-enakmen sebelum tahun 1965 hanya merangkumi denda sebanyak lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi 4 bulan atau kedua-duanya sekali. Hd hukuman maksimum ini telah ditingkatkan pada tahun 1965 dengan denda seribu atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Pindaan pada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) telah dibuat pada tahun 1984 dan setelah itu hukuman maksimum yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah ialah denda lima ribu atau penjara tiga tahun atau enam kali sebatan atau kombinasi mana-mana hukuman. Dengan itu, kebanyakan negeri telah memperkenalkan enakmen kesalahan jenayah syariah masing-masing. Pada tahun 1988 telah berlaku pindaan di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu artikel 121(1A) yang telah membawa kepada penambahan kewibawaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah telah diberi kuasa ekslusif yang mana bidang kuasa mahkamah syariah tidak boleh dicampuri oleh mahkamah sivil. Dari era sebelum merdeka hingga hari ini, kita telah menyaksikan beberapa pembaharuan dan perkembangan terhadap ruang lingkup undang-undang jenayah Islam di Malaysia.
Secara umumnya undang-undang jenayah syariah ini boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis kesalahan. Kesalahan-kesalahan ini dapat dibahagikan kepada kesalahan berhubung dengan seksual, minuman keras, akidah, kesusilaan, judi, rukun Islam, kesucian agama Islam dan institusinya, matrimoni dan juga kesalahan-kesalahan lain. Kajian mendapati kebanyakan mereka yang terjebak kepada kegiatan sosial seperti hubungan seksual, meminum minuman keras, judi dan sebagainya adalah terdiri dari pelajar yang masih di alam persekolahan dan tak kurang juga mereka itu terdiri dari pelajar lepasan sekolah yang berusia belasn tahun atau diawal dua puluhan, mereka bergaul bebas antara lelaki dan perempuan sehingga berlakunya perkara perkara maksiat dan mungkin juga melakukan hubungan seks luar nikah,  mereka dibawa kemana sahaja oleh lelaki dengan tujuan tidak bermoral. Ada juga menggelarkan mereka ini sebagai" bohsia, " minah rempit" atau   "anak abu" anak yang dibawah umur yang tidak lagi berguna atau disebut juga "anak rewang". Mereka merupakan golongan remaja yang berumur di antara 12 tahun sehingga 18 tahun,  kebanyakan mereka ini mengamalkan seks bebas hanya semata mata bertujuan untuk keseronokan. Terdapat dua jenis remaja yang demikian tadi dapat dijelaskan iaitu jenis remaja bawah umur yang lari dari rumah dan menumpukan masa sepenuhnya dengan amalan seks bebas dan remaja yang bawah umur yang masih tinggal dengan keluarga mereka dan hanya akan keluar berfoya foya pada hujung minggu sahaja dibeberapa tempat di ibukota[1].
Dalam penulisan ini penulis cuba mengetengahkan hukuman jenayah syariah sebagaimana telah disebutkan sebentar tadi dan lebih memfokuskan kepada hukuman terhadap pesalah muda dengan memasukan beberapa isu serta cabaran dan cadangan penambahbaikan.

DEFINISI PESALAH MUDA

Merujuk kepada seksyen 2 Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan(1997)Akta (560) tafsiran “pesalah muda” ertinya “seseorang pesalah yang berumur lebih daripada sepuluh tahun dan kurang daripada enam belas tahun”.[2] Manakala tafsiran pesalah muda mengikut Kanun Prosedur Jenayah (AKTA 593) Seksyen 2 menyebut bahawa “pesalah muda” ertinya “seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan di bawah umur dua puluh satu tahun”[3].
Peruntukan sedia ada terhadap kesalahan jenayah syariah telah sedia maklum sebagaimana diperuntukan seperti berikut berikut;-
 Seksyen 128. Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan (1997)Akta (560);-

(1) Apabila mana-mana pesalah muda disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman denda atau pemenjaraan, Mahkamah itu hendaklah, sebagai ganti apa-apa tempoh pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan; -

(a) Memerintahkan pesalah itu dilepaskan selepas teguran wajar diberikan jika difikirkan patut oleh mahkamah atau ;
(b) Memerintahkan pesalah itu diserahkan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah, apabila ibu atau bapa, penjaga, waris atau orang lain itu menyempurnakan bon dengan penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh mahkamah, bahawa dia akan bertanggungjawab bagi kelakuan baik pesalah itu selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan atau, tanpa menghendaki mana-mana orang mengikat apa-apa bon, membuat suatu perintah berkenaan dengan pesalah itu yang memerintahnya supaya berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan mengandungi apa-apa arahan kepada pesalah itu mengikut jenis syarat-syarat yang disebut dalam perenggan 130(a)(b)dan(c) yang difikirkan oleh Mahkamah itu patut diberikan.
(2) Mahkamah yang di hadapannya seorang pesalah muda disabitkan boleh, sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini, mengenakan ke atas ibu atau bapa atau penjaganya denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah itu, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu telah, dengan sebab mereka cuai dalam menjaganya dengan sepatutnya atau selainnya, menyumbang kepada salah laku pesalah itu dengan syarat bahawa tiada ibu atau bapa atau penjaga boleh didenda tanpa dia diberi peluang untuk didengar dan, jika dia berhasrat demikian, mengemukakan keterangan untuk membela dirinya.
 Dengan merujuk kepada peruntukan sedia ada tidak mustahil sekiranya pesalah muda yang disabitkan kesalahanya sebagaimana dalam akta tersebut gagal membayar denda manakala ibubapa kepada pesalah tersebut enggan membuat bon jamin sebagaimana dalam peruntukan Sek.130 Akta Prosedur Jenayah Syariah [Akta560] tidak membayar hukuman denda atau tidak mahu bertanggungjawab terhadap pesalah tersebut dan menyerahkan supaya apa-apa tindakan atau hukuman diputuskan oleh pihak pengadilan. Maka dengan sebab itu amat wajar bahawa satu cara atau kaedah penyelesaian  hendaklah dilaksanakan sebaiknya dengan memperluaskan kaedah hukuman sedia ada kepada beberapa alternatif hukuman yang baru iaitu sebagai contoh perintah pemulihan dengan menghukum pesalah tersebut selain dari penjara akibat kegagalan membayar wang denda kepada melakukan kerja-kerja amal kebajikan atau diletakan di bawah kawalan pusat pemulihan akhlak atau badan kebajikan yang di tentukan oleh pihak berkuasa. Perintah ini juga dilihat sebagai salah satu alternatif terbaik dari mengenakan hukuman pemenjaraan dikalangan pesalah pesalah jenayah syariah sekaligus megelakan mereka daripada menerima kesan negatif daripada hukuman keras akibat dari pemenjaraan. Perintah pemulihan ini juga dijangka dapat mengembalikan pesalah syariah diterima semula dalam kehidupan masyarakat dan meneruskan kelansungan hidup.

HUKUMAN PESALAH MUDA DIBAWAH KANUN PROSEDUR JENAYAH AKTA 593.
Perintah pemulihan atau perintah khidmat masyarakat telah diperkenalkan dimalaysia dan telah dilaksanakan tetapi khusus hanya kepada pesalah muda yang berusia 18 tahun sehingga 21 tahun sebagaimana ditafsirkan dalam kanun acara jenayah didalam peruntukan seksyen 293[Akta 593]. Pesalah muda mengikut Kanun Prosedur Jenayah (AKTA 593) Seksyen 2 menyebut bahawa “pesalah muda” ertinya “seseorang yang telah disabitkan atas suatu kesalahan yang boleh dihukum denda atau penjara yang berumur lapan belas tahun atau lebih dan di bawah umur dua puluh satu tahun”. Namun demikian perintah ini masih belum diperuntukkan sepenuhnya di mahkamah sivil untuk kanak-kanak dibawah 18 tahun di Malaysia pada waktu itu. Walaubagaimanapun, pada  Jun 2011,  Kerajaan malaysia telah mula membincangkan untuk memperkenalkan perintah khidmat masyarakat kepada kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang dan membuat pindaan kepada Akta Kanak-kanak 2001 [Akta 611]dengan memasukan khidmat masyarakat sebagai suatu perintah yang baharu dalam akta 611, mahkamah bagi kanak-kanak akan mempunyai lebih banyak pilihan apabila mengeluarkan perintah terhadap kanak-kanak, malahan aspirasi akta 611 untuk mengutamakan kepentingan kanak-kanak akan tercapai.[4]
(nota kaki, :
Kajian ini mendapati bahawa peruntukan hukuman kesalahan jenayah syariah sedia ada ke atas pesalah muda di Malaysia ini sebagaimana dalam tafsiran seksyen 2 Akta Prosedur Jenayah Syariah 1997 [Akta 560] adalah hanya berkait dengan orang Islam yang berumur lebih dari sepuluh tahun dan kurang daripada enam belas tahun sahaja, melalui penyelidikan ini dapatlah disimpulkan bahawa peruntukan undang-undang jenayah syariah dalam tafsiran pesalah muda adalah tidak selaras dengan Kanun Prosedur Jenayah [Akta 593] dalam memberi tafsiran pesalah muda mengikut peringkat umur.
Merujuk kepada peruntukan Kanun Prosedur Jenayah [Akta593] seksyen 293 (1) (c),(d),(e) (3) mewujudkan hukuman yang menghendaki pesalah menjalankan khidmat komuniti iaitu "apa-apa kerja, perkhidmatan atau arahan untuk kebaikan masyarakat secara am dan termasuk apa-apa kerja yang telah di jalankan yang melibatkan bayaran kepada pihak penjara atau pihak berkuasa tempatan. Hukuman ini terpakai kepada semua orang Islam dan juga bukan Islam ianya amat berbeza sekali dengan apa yang diperuntukan dibawah undang-undang jenayah syariah yang mana bidangkuasa hukuman kesalahan jenayah ini hanya tepakai kepada umat Islam sahaja. Satu cadangan dan penambahbaikan dalam peruntukan kanun prosedur jenayah syariah oleh penyelidik adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi penubuhan mahkamah syariah dari sudut kehakiman dan amalannya terutama hukuman ke atas pesalah muda dalam kes melibatkan jenayah syariah atau disebut juga perintah pemulihan sebagai hukuman alternatif. Secara keseluruhannya, hukuman alternatif atau perintah pemulihan yang akan dilaksanakan terhadap pesalah-pesalah yang terlibat dilihat akan dapat memberi banyak manfaat dan meninggalkan kesan positif bukan sahaja kepada pesalah-pesalah terbabit malah sebagai pengajaran dan iktibar kepada masyarakat. Hukuman ini juga lebih efektif bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersakhsiah tinggi dan dapat memupuk serta meningkatkan rasa kebertanggungjawaban dalam diri setiap warga masyarakat. Perlaksanaan hukuman ini boleh memberikan impak yang besar kepada pesalah itu sendiri, ahli keluarga yang terlibat serta kepada seluruh masyarakat,  badan perundangan dan seterusnya kerajaan Malaysia dalam usaha-usaha penyeragaman undang-undang jenayah syariah terutamanya dalam persamaan tindakan hukuman dan mempercepatkan penyelesaian kes-kes seterusnya mencapai objektif keadilan syariah.

PERNYATAAN PERMASALAHAN KAJIAN

Persoalan kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah pelaksanaan hukuman terhadap pesalah syariah terutama pesalah muda iaitu dari sudut hukuman sediada yang telah di peruntukan di dalam akta-akta dan juga enakmen-enakmen negeri serta kesanya kepada individu dan masyarakat. Seksyen 128. Akta Prosedur Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan (1997)Akta (560);-

(1) Apabila mana-mana pesalah muda disabitkan di hadapan mana-mana Mahkamah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman denda atau pemenjaraan, Mahkamah itu hendaklah, sebagai ganti apa-apa tempoh pemenjaraan kerana keingkaran membayar denda atau hukuman pemenjaraan; -

(a) Memerintahkan pesalah itu dilepaskan selepas teguran wajar diberikan jika difikirkan patut oleh mahkamah atau ;
(b) Memerintahkan pesalah itu diserahkan kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau saudara dewasanya yang terdekat atau kepada mana-mana orang lain, sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah, apabila ibu atau bapa, penjaga, waris atau orang lain itu menyempurnakan bon dengan penjamin, sebagaimana yang dikehendaki oleh mahkamah, bahawa dia akan bertanggungjawab bagi kelakuan baik pesalah itu selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan atau, tanpa menghendaki mana-mana orang mengikat apa-apa bon, membuat suatu perintah berkenaan dengan pesalah itu yang memerintahnya supaya berkelakuan baik selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan mengandungi apa-apa arahan kepada pesalah itu mengikut jenis syarat-syarat yang disebut dalam perenggan 130(a)(b)dan(c) yang difikirkan oleh Mahkamah itu patut diberikan.
(2) Mahkamah yang di hadapannya seorang pesalah muda disabitkan boleh, sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan dalam seksyen ini, mengenakan ke atas ibu atau bapa atau penjaganya denda yang tidak melebihi dua ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah itu, selepas siasatan ringkas, berpuas hati bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu telah, dengan sebab mereka cuai dalam menjaganya dengan sepatutnya atau selainnya, menyumbang kepada salah laku pesalah itu dengan syarat bahawa tiada ibu atau bapa atau penjaga boleh didenda tanpa dia diberi peluang untuk didengar dan, jika dia berhasrat demikian, mengemukakan keterangan untuk membela dirinya.
Sebagaimana kita maklum bahawa mahkamah syariah boleh menghukum pesalah-pesalah syariah dengan hukuman denda atau penjara atau sebatan syariah atau kombinasi mana-mana hukuman, selain dari hukuman tersebut mahkamah boleh tertakluk kepada seksyen 128 [Akta 560] Adakah wujud hubungan kerjasama di antara mahkamah syariah dengan pusat jagaan pemulihan akhlak bagi pesalah jenayah di Malaysia yang di perintahkan untuk menjalankan hukuman pemulihan.
-dapatkan data kajian kes pesalah yang dihantar kepusat pemulihan...
-Tiada kerjasama antara mahkamah dengan pusat pemulihan untuk dilaksanakan perintah pemulihan di manamana pusat pemulihan akhlak.

OBJEKTIF HUKUMAN

Setiap manusa tidak terlepas dari melakukan kesilapan, setiap perbuatan baik atau jahat akan mendapat balasannya tersendiri samada balasan di dunia atau akhirat. Apa–apa kesalahan yang dilakukan bertentangan dengan hukum syarak dan undang–undang yang digubal untuk mengawal kehidupan manusia adalah bertepatan hukumya denga apa yang digariskan dalam al-quran dan as- Sunnah  sebagai panduan.
Allah taala berfirman dalam surah az-zalzalah   ayat 7-8 yang bermaksud;-
“ barang siapa yang mengerjakan kebaikan walaupun sebesar zarah, niscaya dia akan dibalas dengan kebaikan , dan barangsiapa yang mengerjakan dengan kejahatan walaupun sebesar zarah niscaya allah akan meperlihatkan balasanya pula.”[5]
Menurut perspektif Islam, hukuman dalam Islam adlah bertujuan untuk menimbulkan rasa kesedaran dan keinsafan dalam diri setiap manusia yang melakukan kesalahan dan menguji tahap keimanan seseorang dengan ujian dan kesabaran, keimanan serta berserah kepada allah berasaskan beberapa prinsip asas berikut;
a)    Hukuman in adalah berdasarkan panduan allah dan bukanya hasil dari ciptaan manusia semata-mata, manakala kes-kes seperti taazir adalah dibawah budi bicara mahkamah yang tertakluk kepada panduan al-quran dan as-sunnah bagi memastikan keadilanya.
b)   Hukuman bertujuan memelihara 5 perkara asas dalam hokum syarak iaitu menjaga agama, nyawa, akal fikiran, keturunan dan harta benda.
c)    Islam tidak bergantung kepada hukuman dunia sahaja malah ia mencakupi keseluruhan dunia dan akhirat.
Objektif Setiap hukuman yang dilaksanakan berdasarkan hukum Islam itu tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk;-
i)             Memberi ruang kepada pesalah syariah menginsafi dan menyesali dari kesialapan yang lalu dan tidak akan mengulangi lagi kesalahan mereka.
ii)           Memberikan pengajaran kepada manusia supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.
iii)          Memelihara maqasid syariah islamiahdan kepentingan awam termasuk nyawa, akal, keturunan dan harta benda daripada perkara yang merosakan akidah, maruah dan kedaulatan agama.
iv)          Memberikan hukuman yang setimpal dan seadilnya diatas diatas kesalahan atau jenayah yang dilakukan oleh pesalah syariah.

BIDANGKUASA JENAYAH MAHKAMAH SYARIAH

Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa Mal dan jenayah sebagaimana yang termaktub dalam butiran 1 perlembagaan persekutuan iaitu senarai 2 Jadual ke Sembilan yang mana telah diperuntukan bahawa hukuman-hukuman yang di gubal mengikut hukum syarak itu terpakai bagi semua orang Islam dalam perkara berkaitan dengan hal ehwal agama Islam dan kemasyarakatan. Akta mahkamah Syariah (dibawah bidangkuasa Jenayah 1965 Sek.2 (disemak-1988) [Akta 355] adalah terpakai kepada semua mahkamah syariah yang membataskan bidangkuasa tersebut;-
Bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah “ Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya dibawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu negeri dan diberi bidangkuasa keatas orang –orang yang menganut agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam senarai II senarai senarai negeri dalam jadual ke Sembilan dalam perlembagaan persekutuan memberi bidangkuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan rukun-rukun agama oleh orang-orang yang menganut agama tersebut yang boleh ditetapkan dibawah mana-mana undang-undang bertulis; Dengan syarat bahawa bidangkuasa yang dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh  tidak lebih dari tiga tahun penjara, denda tidak melebihi lima ribu ringgit atausebatan syariah tidak melebihi enam sebatan atau apa-apa kombinasi di antara hukuma-hukuman tersebut.
Mahkamah syariah juga mempunyai kuasa  mengeluarkan perintah pemulihan ;-
i)             Mahkamah syariah mempunyai bidangkuasa mengkomitkan pesalah –pesalah syariah yang telah disabitkan kesalahan mereka ke PUSAT pemulihan yang diluluskan, namun setakat ini tidak banyak pusat-pusat pemulihan yang digezetkan atau diwartan untuk ditempatkan pesalah syariah sebagai tempat pemulihan dan ianya hanya diluluskan untuk kesalah-kesalahan yang tertentu sahaja seperti Se.55 AAkta Kesalah jenayah Syariah 1997[ Akta 559].
Sek. 55 [Akta 559] kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan orang yang disabitkan ke pusat pemulihan yang diluluskan.
“Jika Mahkamah telah mensabitkan mana-mana orang atau suatu kesalahan di bawah bahagian II atau di bawah seksyen 7,8,9 atau 31, mahkamah itu boleh, sebagai ganti hukuman atau sebagai tambahan bagi apa-apa hukuman yang ditentukan bagi kesalahan itu memerintahkan mana-mana orang sedemikian dikomitkan ke pusat pemulihan diluluskan untuk menjalani apa-apa konseling atau pemulihan selama apa-apa tempoh perintah yang tidak melebihi 6 bulan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;tetapi jika apa-apa hukuman pemenjaraan dikenakan sekali dengan kaunseling  atau pemulihan , tempohnya tidaklah boleh melebihi agregat tiga tahun.[6]
MAHKAMAH SIVIL DARI SUDUT HUKUMAN KEATAS PESALAH MUDA
JUSTIFIKASI PERINTAH PEMULIHAN

Menurut prinsip  hukuman  Islam, suatu hukuman alternatif seperti hukuman untuk menjalani perintah pemulihan ini  boleh dikategorikan sebagai hukuman taazir . Hukuman ini boleh diputuskan oleh hakim terhadap mana-mana orang yang melakukan kesalahan dan ia adalah tertakluk kepada panduan al-quran dan Sunnah.
Berhubung dengan pelaksanaan hukuman penjara ke atas pesalah syariah dibawah undang-undang keluarga Islam , mereka akan ditempatkan dipenjara bersama dengan banduan lain sememangnya tiada tempat khusus untuk pesalah syariah dan in menyebabkan kesesakan dalam penjara kerana penjara merupakan tempat bagi semua pesalah menjalani hukuman dan menebus kesilapan tanpa mengira apa jenis kesalahan yang mereka lakukan.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa hukuman penjara memberi kesan negetif kepada pesalah-pesalah syariah terutama pesalah muda yang mana bukan sahaja ke atas individu terbabit malah ia turut melibatka maruah  keluarga dan masyarakat. Kesan negetif antaranya ia boleh merenggankan hbungan kekeluargaan , menyukarkan bekas banduan mendapatkan pekerjaan serta di pinggirkan oleh masyarakat.
Banduan atau pesalah-pesalah muda yang masih kurang ilmu pengetahuan dan pertama kali dimasukkan ke penjara diatas kesalahan kecil pula dikhuatiri akan terpengaruh dan dipengaruhi oleh banduan lain seterusnya menjadikanmereka lebih agresif dan liar.
Kesan positif perintah pemulihan in dapat memberi peluang kepada pesalah muda untuk menginsafi kealahan mereka dan boleh berinteraksi dengan masyarakat dengan lebih mesra dan terbuka serta mengelakan dari dipandang negetif oleh masyarakat mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih yakin disamping menjalani hukuman pemulihan .







[1] Gejala Sosial Dalam Masyarakat Islam:Punca Dan Penyelesaian, Ahmad Redzuan B.Mohd Yunus, (ISBN 967-61-1401-4 Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.2003.)

[2]Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan 1997) [ Akta 560]. International Law Book services ILBS

[3] Kanun Prosedur Jenayah  [ Akta 593]. International Law Book services ILBS.
[4] Perintah Khidmat Masyarakat bagi Kanak-kanak yang Berkonflik dengan Undang-undang,  Teori, Kerangka Perundangan dan Halatuju Di Malaysia, Mohd Al-Adib Samuri, Jurnal Undang-undang & Masyarakat 16 (2012).
[5] Surah az-Zalzalah , ayat 7-8 , al-Quran.
[6] Akta Kesalahan Jenayah Syariah wilayah-Wilayah Persekutuan 1997[Akta 559]. International Law Books Services.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan