Jumaat, 26 Jun 2015

[Contoh]

PERJANJIAN JUAL BELI TANAH

Perjanjian Jual Beli ini dibuat pada hari ………………….., tanggal …………………… oleh dan antara:

1.         Nama  : 
No. KP  : 
Alamat : 

Selepas ini bertindak atas nama diri yang selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA

2.         Nama  : 
No. KP  : 
Alamat : 

Dalam hal ini bertindak atas nama diri yang selanjutnya disebut PIHAK KEDUA.


PIHAK PERTAMA telah menjual kepada PIHAK KEDUA berupa tanah dengan perincian sebagai berikut:

Negeri             :
Daerah            :
Mukim             :
Jenis Hakmilik :
No Lot              :
Luas Lot           :
Kategori          :
No. Fail            :
No. Hakmilik   :

Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan ikatan perjanjian jual-beli di mana syarat dan ketentuannya yang diatur,  seperti berikut di bawah ini:

JAMINAN PIHAK PERTAMA

PIHAK PERTAMA memberikan jaminan penuh bahawa tanah dijualnya adalah:
1.         Milik sah peribadinya sendiri,
2.         Tidak ada orang atau pihak lain yang turut memilikinya,
3.         Hak kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan
4.         Tidak sedang dalam masalah atau sengketa, baik dengan keluarga PIHAK PERTAMA maupun dengan pihak-pihak lainnya.
5.         Memastikan berlaku pertukaran nama pada geran daripada PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA selepas menerima wang yang dijanjikan.

HARGA

Jual beli tanah di atas dilakukan dan diterima dengan harga RM8,000.00(Lapan Ribu Ringgit Sahaja)

CARA PEMBAYARAN

Untuk pembayaran tanah tersebut PIHAK KEDUAmenerapkan cara pembayaran dengan syarat dan ketentuan yang juga telah disepakati PIHAK PERTAMA, iaitu dengan cara pembayaran secara cek.

PIHAK KEDUA telah membayar pada berjumlah sejumlah wang .........................(No. Cek: ..................Cawangan:           ) pada tanggal ....................... sebagai deposit. 

dan,

PIHAK KEDUA akan membayar sejumlah wang ........................                                                                    (                                                              )(No. Cek:.......................... Cawangan:                         ) pada tanggal ................................. semasa proses tukar nama.

dan,

PIHAK KEDUA akan melengkapkan bayaran akhir berjumlah berjumlah ...................................(                                                                      )  selepas proses tukar nama pada geran tersebut.

PENUTUP

Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenal oleh kedua-dua belah pihak.


PIHAK PERTAMA                                                                                                                              Nama: 
No. KP:                                                                                     

.........................................

PIHAK KEDUA                                                                                                                             Nama: 

No. KP:                            

..........................................


saksi                                                         

SAKSI PERTAMA                                                                                                                             Nama: 

No. KP:                  

.........................................

SAKSI KEDUA
Nama: 

No. KP:                            


.........................................


CONTOH SURAT PERJANJIAN JUAL BELI HARTANAH





PERJANJIAN JUAL BELI INI DIBUAT PADA HARI........BULAN........TAHUN......






DI ANTARA

PIHAK PERTAMA 



Nama : —————————————————
No. K/P : ————————————————
Pekerjaan : ———————————————
Alamat : ————————————————
No. Tel : ————————————————
Dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK PERTAMA)



DAN
PIHAK KEDUA


Nama : —————————————————
No. K/P : ————————————————
Pekerjaan : ———————————————
Alamat : ————————————————
No. Tel : ————————————————
Yang dalam hal ini bertindak dan disebut sebagai (PIHAK KEDUA)




PIHAK PERTAMA dengan ini berjanji untuk menjual kepada PIHAK KEDUA dan PIHAK KEDUA juga berjanji dengan menyatakan serta mengikatkan diri untuk membeli hartanah dari PIHAK PERTAMA yang berupa petak rumah bangunan hakmilik strata yang terletak di atasnya, dengan perincian sebagai berikut:
Luas keseluruhan rumah :-
Alamat rumah :-
Pemaju :-


Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan surat ikatan perjanjian jual – beli dimana syarat dan ketentuannya diatur mengikut ‘10 perkara’ seperti di bawah ini:

Perkara 1  HARGA 
Jual beli rumah tersebut dilakukan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak dengan ketentuan harga sebanyak berikut:- RM25,000.00 (dalam perkataan :- Ringgit Malaysia Dua puluh lima ribu ringgit sahaja)

Perkara 2  CARA PEMBAYARAN 
PIHAK KEDUA akan membayar kepada PIHAK PERTAMA untuk petak rumah yang dibelinya secara tunai iaitu sebanyak RM5,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Lima Ribu Ringgit sahaja) sebagai sejumlah bayaran untuk deposit setelah Surat Perjanjian ini ditandatangani.

Perkara 3  BAKI BAYARAN
PIHAK KEDUA akan menjelaskan baki bayaran sebanyak RM20,000 (dalam perkataan:- Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu Ringgit sahaja) lagi sebaik borang Pindah Milik Tanah, (Borang 14A) ditandatangani.

Perkara 4  JAMINAN DAN SAKSI
PIHAK PERTAMA menjamin sepenuhnya bahawa tanah dan bangunan rumah yang dijualnya adalah benar-benar milik atau hak PIHAK PERTAMA sendiri dan tidak ada orang atau pihak lain yang turut mempunyai hak, bebas dari sitaan, tidak tersangkut dalam suatu perkara atau sengketa, hak kepemilikannya tidak sedang dipindahkan atau sedang dijaminkan atau digadaikan kepada orang atau pihak lain dengan cara bagaimanapun juga, dan tidak sedang atau telah dijual kepada orang atau pihak lain. Jaminan dari PIHAK PERTAMA akan diperkuatkan oleh seorang saksi yang akan turut menandatangani Surat Perjanjian ini sebagai saksi bagi PIHAK PERTAMA.

Butiran saksi tersebut adalah seperti berikut :-

Nama Saksi :
No. K/P :
Pekerjaan :
Alamat lengkap :
Hubungan :

Perkara 5  PENYERAHAN
PIHAK PERTAMA berjanji serta mengikatkan diri untuk menyerahkan petak rumah tersebut di atas dalam keadaan kosong beserta kunci-kuncinya kepada PIHAK KEDUA setelah PIHAK KEDUA melangsaikan keseluruhan bayaran.

Perkara 6  STATUS KEPEMILIKAN
Mulai dari tarikh Surat Perjanjian ini ditandatangani maka tanah dan bangunan rumah tersebut di atas beserta segala keuntungan mahupun kerugiannya sepenuhnya menjadi hak milik PIHAK KEDUA.

Perkara 7  PROSES PINDAH MILIK 
PIHAK PERTAMA wajib membantu PIHAK KEDUA dalam proses pindahmilik borang 14A dan atas kepemilikan hak tanah dan bangunan rumah tersebut dalam hal pengurusan yang bersangkutan dengan badan atau jabatan-jabatan yang terkait, memberikan keterangan-keterangan serta menandatangani surat-surat yang berkaitan tukar nama atau proses pindah milik tanah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA. Segala kos pembiayaan yang berhubungan dengan proses pindahmilik nama di atas geran rumah dari PIHAK PERTAMA kepada PIHAK KEDUA ditanggung sepenuhnya oleh PIHAK KEDUA.

Perkara 8  PENGESAHAN PERJANJIAN
Perjanjian ini tidak akan berakhir walaupun PIHAK PERTAMA meninggal dunia, atau kerana sebab apapun juga. Dalam keadaan sedemikian maka para ahli waris atau pengganti PIHAK PERTAMA wajib mentaati ketentuan yang termaktub dalam perjanjian ini serta meneruskan perlaksanaan proses Pindah Milik Tanah bagi petak ini kepada PIHAK KEDUA.

Perkara 9  HAL-HAL LAIN
Hal-hal lain yang belum termaktub di dalam perjanjian ini perlu dibicarakan serta diselesaikan secara kekeluargaan melalui perbincangan bersama oleh kedua belah pihak. Masing-masing perlu memberikan kerjasama sepenuhnya untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Perkaral 10  PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak dihadapan pesuruhjaya sumpah serta ditandatangani kedua belah pihak dalam keadaan sedar serta tanpa adanya paksaan atau tekanan dari mana – mana pihak.

PIHAK PERTAMA
( PENJUAL )


[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:


PIHAK KEDUA
( PEMBELI )


[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:


SAKSI PIHAK PERTAMA :


[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:


SAKSI PIHAK KEDUA :


[ ---------------------------------- ]
Nama:
No KP:




Dihadapan Saya,







…..............................................
PESURUHJAYA SUMPAH
__________________



PROSEDUR PINDAHMILIK TANAH


Proses pindahmilik tanah daripada pemilik berdaftar ke atas hakmilik tanah kepada pihak seterusnya adalah satu proses yang melibatkan banyak pihak. pihak - pihak yang terlibat bagi stau pindahmilik tanah adalah :
  1. Peguam (jika melibatkan perjanjian jual beli dan gadaian kepada pihak bank)
  2. Penilai hartanah (jika melibatkan perjanjian jual beli dan gadaian kepada bank)
  3. Pejabat Duti Setem, Lembaga Hasil dalam Negeri (Bagi cukai taksiran dan Cukai Keuntungan (CKHT))
  4. Pejabat Tanah(pendaftaran pindahmilik) 


Disini kita tidak akan membincangkan proses pindahmilik melalui peguam kerana semua urusan adalah diuruskan oleh peguam tersebut. Apa yang akan dibincangkan disini adalah pindahmilik yang boleh diuruskan sendiri oleh pihak pemilik berdaftar kepada penerima tanpa melalui peguam. Contoh yang jelas adalah sekiranya bapa ingin memindahmilik hartanah kepada anak atau sebagainya yang tidak melibatkan balasan berbentuk wang. Jelasnya disini, proses yang akan diterangkan disini adalah satu proses pindahmilik yang boleh dilakukan sendiri oleh pemilik tanah tanpa melalui / menggunakan khidmat peguam.

Sebelum kita memulakan proses pindahmilik ini perlu diingatkan dokumen-dokumen berikut perlu disediakan terlebih dahulu :

  1. Dokumen Hakmilik Asal (Geran asal)
  2. Cukai Tanah Tahun Semasa Telah dijelaskan (pastikan tiada tunggakan cukai)
  3. Cukai Taksiran telah dijelaskan(Cukai PIntu Majlis Tempatan)
  4. Salinan Kad Pengenalan Penjual dan Pembeli

Langkah pertama yang perlu diambil adalah untuk mendapatkan Borang Pindahmilik (14A) daripada Pejabat Tanah berhampiran atau mencetak dari laman web berkenaan. perlu diingatkan bahawa sekiranya borang Pindahmilik (Borang 14A) tersebut dicetak sendiri, anda perli mencetak di atas kertas bersaiz  A3 duplex (depan belakang). Borang tersebut tidak boleh dicetak di atas kertas bersaiz A4. 

borang_14a.pdf
Download File


Langkah kedua adalah penyempurnaan borang pindahmilik tanah (Borang 14A).  Penyempurnaan borang pindahmilik bermaksud memenuhkam maklumat di dalam borang 14A dan menurunkan tandatangan dihadapan pegawai penyaksi seperti yang telah ditetapkan di dalam Jadual Kelima Kanun Tanah Negara. Senarai lengkapJadual Kelima Kanun.
________________________________________________________________________________________________________________________________
Langkah Ketiga  adalah mengikrarkan urusan pindahmilik tersebut dengan Pejabat Duti Setem, Lembaga Hasil Dslam Negeri. apakah yang dimaksudkan duti setem ? Duti setem adalah duti yang kena dibayar atas satu transaksi pindahmilik. Bagi maklumat lanjut berkenaan duti setem sila klik disini. Pemohon perlu mengisi borang PDS 15 bagi permohonan secara manual dan dihantar ke Pejabat Duti Setem, Lembaga Hasil Dalam Negeri terdekat. bagi Borang PDS 15 sila klik disini. ubtuk maklumat lanjut berkenaan Duti Setem dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia sila klik disini

Khamis, 18 Jun 2015

HAK JAGAAN KANAK-KANAK : KONFLIK PERUNDANGAN KES HAK JAGAAN KANAK-KANAK ISLAM KEPADA PENJAGA BUKAN ISLAM DI MALAYSIA

Abstrak

Hak untuk mendapatkan perintah penjagaan bagi orang bukan Islam telah diperuntukkan di dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dan Enakmen Keluarga Islam. Artikel ini bertujuan untuk membincangkan apakah pertimbangan yang diambil kira oleh mahkamah dalam membuat perintah mengenai hak penjagaan kanak-kanak bagi kes yang melibatkan isu berlainan agama. Artikel ini menggunakan pendekatan kajian perpusatakaan dan analisis hasil dapatan kajian yang mana dibahagikan kepada empat bahagian. Pertama, pengenalan mengenai kajian. Kedua, perbincangan mengenai peruntukkan hak jagaan anak di bawah statuori di Mahkamah Sivil dan perundangan Islam termasuk peruntukkan mengenainya di Mahkamah Syariah. Ketiga, perbincangan mengenai kes-kes duluan yang diputuskan di Mahkamah Sivil di Malaysia berkenaan dengan hak penjagaan serta isu-isu semasa yang berhubungan dengan konflik perundangan bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Keempat, menganalisis hasil penemuan kajian mengenai penghakiman hak penjagaan dan mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian. Dapatan awal artikel ini merumuskan bahawa Mahkamah dalam memberikan hak penjagaan akan melihat kepada faktor kebajikan seperti isu umur dan jantina anak-anak, kehendak anak-anak, kehendak ibu bapa dan agama, latar belakang adat dan keturunan. Artikel ini juga mendapati bahawa hak untuk menentukan agama anak yang di bawah umur 18 tahun adalah di bawah hak ibu bapa atau penjaga namun ianya bukan pemutus kata untuk seseorang Hakim meletakkan hak jagaan kepada mereka.
Kata Kunc : Hak Jagaan Kanak-Kanak, Orang Bukan Islam,Konflik Perundangan, Kebajikan.

Abstract

The right to a care order for the non-Muslims have been provided for in the Act Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 (Act 164) and the Islamic Family Enactment. This article aims to discuss the considerations taken into account by the court in making the order regarding custody of children in cases involving issues of different religions. This article uses the library study and analysis of the results of the study, which is divided into four parts. First, the introduction of the study. Second, the discussion about child custody provisions under statuori in civil court and Islamic law, including the provisions thereof in court. Third, the discussion on precedent cases decided in civil court in respect of custody and issues relating to conflicts of laws and jurisdiction of the Syariah Court and Civil Court. Fourth, analyze the findings of the judicial custody and propose some alternative solutions. This article summarizes the initial findings that the court in custody will see to the welfare of factors such as age and gender issues, children, children's wants, needs of parents and religion, custom and hereditary background. This article also found that the right to determine the religion of children under the age of 18 is below the rights of parents or guardians breaker but it is not the word for a judge to place their custody.
Keywords: Rights of the Child Care, Non-Muslims, Conflicts of Law, Welfare.

PENGENALAN
Hak penjagaan anak bukan satu isu yang baru bahkan ia telah lama dikanunkan di dalam peruntukkan perundangan di Malaysia dalam mengatasi permasalahan mengenai perebutan hak jagaan anak. Misalnya, Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961, Akta Pembaharuan (Perkahwinan & Perceraian) 1976, Ordinan Penjagaan Kanak-Kanak di Sabah dan Sarawak telah memberikan seorang penjaga hak-hak seperti menentukan pendidikan anak-anak, memberi nama anak, tindakan disiplin, pemilihan agama, pentadbiran harta, persetujuan untuk berkahwin bagi yang berumur di bawah 21 tahun, perubatan dan sebagainya yang mana lazimnya satu pihak mendapat hak penjagaan anak akan mempunyai penjagaan ke atas anak itu semnetara pihak lain yang berkepentingan akan mendapat akses melawat dan melihat anak tersebut.
            Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang berbilang kaum dan agama, isu penjagaan anak selalu dibahaskan apabila berlaku kematian suami dan isteri atau salah satu pihak memeluk agama lain. Setelah kematian pasangan suami isteri, anak mereka pula lebih cenderung untuk memeluk agama Islam dan mahu tinggal bersama seseorang beragama Islam yang mana bukan merupakan ahli keluarganya. Sekiranya anak tersebut masih lagi berumur 18 tahun ke bawah, maka status agamanya terikat dengan kemahuan ibu bapa mereka atau penjaganya. Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan: "Bagi maksud Fasal (3), agama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya".,Jadi, bagaimanakah hak penjagaan anak yang telah memeluk agama Islam tersebut ditentukan oleh Mahkamah dari sudut jagaan dan status agamanya? Adakah terdapat pertindihan bidangkuasa antara mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah? Oleh itu, kajian ini akan membincangkan mengenai pertimbangan hakim dalam menentukan hak penjagaan anak bagi orang bukan Islam dalam isu yang melibatkan anak telah memeluk agama Islam dan cenderung untuk tinggal bersama penjaga yang beragama Islam.
DEFINASI ANAK
Seksyen 87 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menjelaskan Perkataan ‘anak’ yang disebut dalam Akta ini merujuk kepada ‘anak daripada perkahwinan’ yang berumur di bawah 18 tahun”. Ini telah diperuntukkan dalam seksyen 2 Akta ini dan Akta Umur Dewasa 1971 melalui seksyen 2 dan 4(c) mentakrifkan seseorang itu belum dewasa sehingga ia mencapai umur 18 tahun melainkan diperuntukan dalam mana-mana undang-undang bertulis.
 Sementara itu Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 telah membuat sedikit pengkelasan mengikut agama. Seksyen 2(2)(a) (i) dan (ii) Akta tersebut meletakkan umur 21 tahun sebagai umur dewasa bagi kanak-kanak bukan Islam dan 18 tahun bagi kanak-kanak beragama Islam.
PRINSIP AM HAK JAGAAN ANAK DI MALAYSIA
Seseorang yang meninggal dunia atau bercerai atau melakukan pertukaran agama dengan meninggalkan anak-anak akan menyebabkan anak-anak hilang tempat untuk bergantung, dengan erti kata lain membiarkan penjagaan anak boleh membawa kepada kebinasaan dan kemudaratan kepada diri anak-anak tersebut. Apabila seseorang itu meninggal dunia dan bercerai, adalah penting warisnya atau sesiapa untuk memastikan kebajikan anak-anak itu terjamin. Anak-anak tersebut tidak mampu untuk menguruskan diri sendiri perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
Mazhab Syafie berpendapat bahawa penjagaan kanak-kanak itu ialah hak ibu, ibu kepada ibu (nenek sebelah ibu) hingga ke atas dengan syarat dia mestilah pewaris, kemudian bapa kepada kanak-kanak tersebut, ibu kepada bapa kanak-kanak, ibu kepada ibu kepada bapa kanak-kanak hingga ke atas dengan syarat mereka adalah pewaris, barulah disusuli orang yang paling dekat daripada kerabat-kerabat ibu, seterusnya orang yang paling dekat daripada kerabat-kerabat bapa kanak-kanak itu.[1]
Pada kebiasaannya, Mahkamah akan melantik seorang penjaga kepada anak-anak ini untuk mengurus dan memastikan kebajikan anak–anak ini berterusan sehingga mereka telah dewasa, atau untuk menentukan tentang hak jagaan anak selepas berlakunya perceraian. Hal ini sejajar dengan prinsip yang telah dinyatakan dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor :
“Ibu adalah yang paling berhak dari segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan”.
            Peruntukkan ini menunjukkan bahawa ibu merupakan individu yang paling layak untuk mendapat hak penjagaan anak. Walaupun Syarak telah menetapkan bahawa, ibu merupakan orang yang paling berhak terhadap hak dan tanggungjawab hadanah, tetapi hak dan tanggungjawab tersebut tidak akan diberikan kepada seorang ibu itu sehingga dia dapat memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sekiranya seorang ibu itu tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan, maka hak dan tanggungjawab hadanah tersebut akan jatuh kepada orang yang seterusnya mengikut turutan yang telah ditetapkan.[2] Walaubagaimanapun Mahkamah Syariah meletakkan juga faktor kebajikan anak dalam memperolehi hak penjagaan anak.[3]
            Di Mahkamah Sivil, selepas Mahkamah mengeluarkan sesuatu dekri sama ada dekri perceraian atau perpisahan kehakiman, ia boleh membuat perintah menetapkan siapa yang layak dan siapa yang tidak untuk menjaga anak. Mahkamah mempunyai kuasa untuk memerintah seseorang anak itu diletakkan di bawah jagaan pihak lain selain ibu bapanya sendiri atas alasan terkecuali bagi kebajikan kanak-kanak terlibat. Ini menunjukkan kuasa mutlak untuk menjaga anak-anak tidak semestinya terletak pada ibu atau bapa tetapi termasuk juga pihak ketiga atau badan-badan, institusi tertentu jika didapati kemungkinan kebajikan anak-anak akan terjejas. Walau bagaimanapun, dalam membuat pertimbangan tentang kanak-kanak ini, Mahkamah masih lagi mengambil perhatian terhadap kehendak ibu bapa terlibat di samping kemahuan anak-anak itu sendiri.[4]
            Amalan kedua-dua Mahkamah samaada Sivil mahupun Syariah masih lagi meletakkan kebajikan anak sebagai faktor pertimbangan Hakim dalam membenarkan tuntutan hak jagaan anak. Namun begitu, skop kebajikan anak adalah begitu luas sekali untuk dibincangkan.[5] Ini kerana kebajikan kanak-kanak ini akan sentiasa berubah-ubah mengikut persoalan serta isu yang diperbincangkan samaada soal penjagaan, kawalan akses perlindungan atau pengangkatan. Ini memberikan ruang yang luas kepad budi bicara Mahkamah untuk digunakan bagi menjelaskan kekaburan yang ada terhadap maksud tersebut.
HAK SESEORANGAN UNTUK MEMULAKAN PEMBICARAAN DI MAHKAMAH
Locus Standi perlu dipenuhi oleh seseorang dalam membolehkan Hakim mendengar tuntutan yang dibawanya di Mahkamah. Ketiadaan locus standi akan menyebabkan tuntutan Plaintif boleh diketepikan oleh Defendan dengan begitu mudah sahaja, malahan Hakim juga dibenarkan untuk membuang tuntutan seseorang yang tiadak berkepentingan dalam tuntutannya. Ini bermakna seseorang yang mempunyai locus standi adalah seseorang yang mempunyai hak untuk berdiri di dalam Mahkamah. Di bawah Common Law, locus standi merujuk kepada hak seseorangan untuk memulakan pembicaraan di Mahkamah. Dalam kes England, R lwn Commissioner of Police for the Metropolis ex p. Blackburn[i].[6]  Lord Denning memutuskan akan menidakkan locus standi kepada seseorang penyibuk yang menyentuhi hal yang tidak berkaitan dengannya tetapi akan memberikan locus standi kepada sesiapa yang mempunyai isu benar di mana sesuatu yang dilakukan atau bakal berlaku mempunyai kesan ke atasnya.
Prinsip locus standi banyak dihujahkan di dalam pelaksanaan kes-kes yang terdahulu sebagai panduan para Hakim dalam menentukan sama ada seseorang itu mempunyai hak untuk menyuarakan tuntutan di Mahkamah atau tidak. Seorang individu itu boleh memohon satu deklarasi dari mahkamah jika dia mempunyai satu kausa tindakan (cause of action) di sisi common law atau untuk melindungi suatu hak berasaskan statut, atau jika dia akan mengalami mudarat disebabkan tindakan defendan.[7]
            Walaubagaimanapun, pada tahun 1980, cara penentuan Locus Standi yang mengambil pendekatan secara liberal telah berakhir dan Mahkamah Agong ketika itu menakrifkan Locus Standi secara sempit dan keras. Seterusnya, Hakim Hashim Yeop Sani menyatakan bahawa untuk membuktikan locus standi, Plaintif mestilah mampu membuktikan tiga perkara iaitu pertama, Plaintif ada hak yang diiktiraf di bawah undang-undang, kedua, hak Plaintif itu telah dilanggar atau dinodai dan ketiga, Plaintif telah mengalami mudarat disebabkan pelanggaran haknya itu.[8]
Terma ‘Locus standi’  ini adalah terma dalam bahasa Latin dan di gunakan sebagai istilah perundangan di Malaysia (samada di Mahkamah Sivil mahupun di Mahkamah Syariah) yang secara ringkasnya bermaksud: hak untuk membawa sesuatu kes ke Mahkamah ataupun hak untuk dibicarakan di Mahkamah. Ia merujuk juga kepada hak untuk mendakwa/menuntut (apabila merujuk kepada locus standi orang yang membuat tuntutan mahkamah) dan hak untuk di dakwa/di tuntut (apabila merujuk kepada locus standi orang yang di tuntut). Namun begitu, Islam tidak terkecuali menyatakan bahawa individu yang berhak melakukan dakwaan adalah individu yang mempunyai hak terhadap perkara yang dituntut. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fikhiah yang meletakkan beban membuktikan sesuatu itu ke atas orang yang mendakwa, prinsip ini nyatanya menerangkan individu yang mendakwa pastinya mempunyai kepentingan terhadap tuntutannya dan perlulah membuktikan bahawa beliau mempunyai hak di dalam tuntutan tersebut. Misalnya individu yang bukan merupakan ahli waris kepada sesebuah keluarga adalah tidak layak untuk menuntut harta pusaka peninggalan si mati kerana individu tersebut dari segi Hukum Syarak bukanlah orang yang mempunyai hak dalam tuntutan tersebut.[9] 
            Dalam hal tuntutan penjagaan anak, seseorang individu atau sesebuah persatuan yang berkepentingan dengan jagaan anak mempunyai kausa tindakan untuk menuntut hak jagaan anak.[10]  Ini menunjukkan kuasa mutlak untuk menjaga anak-anak tidak semestinya terletak pada ibu atau bapa atau saudara tetapi termasuk juga pihak ketiga atau badan-badan, institusi tertentu jika didapati kemungkinan kebajikan anak-anak kan terjejas. Ini bermakna ibu dan bapa, badan-badan kebajikan, dan mana-mana orang adalah individu yang mempunyai hak untuk menuntut hak jagaan anak.
SENARIO PERMASALAHAN HAK JAGAAN ANAK DI MALAYSIA
Perintah hak jagaan anak merupakan isu yang sangat kompleks di Malaysia tambahan pula jika ia melibatkan status agama anak yang berlainan daripada pihak yang menuntut. Hal ini kerana Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah boleh mendengar tuntutan hak jagaan kanak-kanak mengikut peruntukkan perundangan yang dikurniakan kepada mereka dan memberikan perintah yang berbeza berdasarkan kuasa masing-masing. Pendengaran oleh kedua-dua Mahkamah ini menyebabkan berlakunya konflik perundangan yang tidak berkesudahan apabila pihak yang beragama Islam mendakwa Mahkamah Sivil tidak seharusnya mencampuri urusan Mahkamah Syariah manakala pihak yang bukan beragama Islam menyatakan haknya telah diganggu apabila pihak penentang membuat tuntutan di Mahkamah Syariah.
Kebiasaannya, isu penjagaan anak ini pastinya akan mengheret isu status agama anak kerana masing-masing penjaga mahu menentukan agama anak mengikut agama yang dianuti mereka.[11] Misalnya pada tahun 2002, Shamala telah menukarkan status agama anaknya tanpa pengetahuan ibu kepada anak tersebut, dan seterusnya berlaku perebutan hak jagaan anak.[12] Pelbagai isu perundangan yang tercetus kesan daripada kes ini antaranya menyentuh mengenai penentuan agama anak bawah umur oleh penjaga, perintah mahkamah yang mana harus diikuti, dimanakah hak untuk ibu atau bapa menuntut hak jagaan anak dan kuasa Mahkamah Syariah dalam menentukan kesahihan pertukaran agama bagi kanak-kanak bawah umur setelah didaftarkan keislamannya. Isu-isu tersebut telah membawa keadaan bertambah buruk apabila pihak polis telah menyatakan tidak akan mengambil bahagian dalam menguatkuasakan perintah baik bagi Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil.[13]Kenyataan ini dibuat oleh pihak polis berhubungan dengan kes perebutan hak jagaan anak di Seremban dan Ipoh yang melibatkan S.Deepa Dan M.Indira Gandhi. Berikutan daripada perebutan melalui kuasa perundangan tidak mengakhiri konflik tersebut, malahan ia berlarutan apabila anak lelaki Deepa, V Mithran diculik oleh bekas suaminya, Izwan Abdullah dari rumahnya di Jelebu pada 9 April sebaik sahaja Mahkamah Sivil memberikan hak jagaan anak kepada Deepa berdasarkan perkahwinan Sivil. Sementara itu, Muhammad Ridzuan Abdullah, bekas suami Indiria, ingkar perintah Mahkamah Tinggi pada 20 Mei apabila dia enggan memulangkan Prasana Diksa kepada ibunya.[14]
Mengikut peruntukkan di Wilayah Persekutuan, Kedah dan Perak mensyaratkan salah satu pihak ibu atau bapa atau penjaga dalam menentukan keislaman anak bawah umur 18 tahun.[15] Manakala terdapat negeri yang mensyaratkan perlunya persetujuan ibu dan bapa bagi perkara tersebut.[16] Ketidakseragaman undang-undang turut menyukarkan isu penjagaan kanak-kanak ini, namun apa yang penting ialah kebajikan kanak-kanak tersebut perlulah lebih ditamakan berbanding perkara-perkara lain.
KONFLIK PERUNDANGAN
Lazimnya Punca utama pertikaian dalam kes tuntutan hak jagaan anak yang berkaitan dengan isu status agama si anak ini ialah terhadap bidangkuasa Mahkamah yang akan mendengar kes tersebut,jika sekiranya pemohon adalah seorang penganut agama islam maka kes tersebut akan difailakn di mahkamah syariah pada kebiasaannya perintah Mahkamah Syariah akan mengikut peraturan yang ditetapkan dalam Enakmen Keluarga Islam yang mengikut prinsip Hukum Syarak dan Mahkamah Sivil pula mengikut peruntukkan undang-undang yang berkaitan mengenainya yang telah dikurniakan oleh Perlembagaan Persekutuan yang mana perintah yang dikeluarkan oleh kedua-dua Mahkamah ini adalah berbeza. Namun dalam kes ini pihak pemohon hak jagaan adalah bukan islam iaitu datuk dan nenek kepada Albert yang telah memeluk islam.  Isunya ialah, bolehkah orang bukan Islam yang merupakan waris kepada anak-anak tersebut dikira sebagai penjaga yang mutlak.[17] Sekiranya beliau merupakan pemilik mutlak, isu status agama akan dipertikaikan kerana pastinya si anak yang memeluk agama Islam perlu mengikut status agama penjaga.[18]
            Walaubagaimanapun, Mahkamah seharusnya tidak terikut-ikut dengan kemahuan yang bertentangan di antara penuntut-penuntut hak jagaan anak tersebut kerana pewaris kepada anak tidak seharusnya menjadi kata pemutus dan hanya layak menjadi sebahagian daripada faktor yang perlu diambil kira oleh Hakim dalam membuat pertimbangan mengenai kebajikan.[19] Dengan kata lain, isu utama yang perlu diputuskan oleh mahkamah ialah samaada penuntut tersebut boleh dianggap sebagai seorang yang layak terhadap hak jagaan anak dalam memastikan kebajikan anak tidak diabaikan terutamanya dari sudut moral, fizikal dan mental.[20] Walau bagaimanapun, sebelum isu ini boleh dibincangkan, Mahkamah haruslah menentukan bidangkuasanya terlebih dahulu.
            Mahkamah Syariah tidak seharusnya memutuskan bahawa hanya mahkamah Sivil yang patut diberi bidangkuasa untuk menyelesaikan isu tersebut, padahal perkara yang disenaraikan dalam Seksyen 42(2)(b)(iii) Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Negeri Selangor) 2003 melibatkan perkara hadhanah dan jagaan kanak-kanak:
            …nafkah tanggungan, kesahtarafan atau penjagaan (hadhanah) atau jagaan kanak-kanak;…..
Seksyen 95. Akta Undang-Undang Pentadbiran Islam 1993 (Akta 505) bagi maksud bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam  boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan mencapai umur lapan belas tahun atau jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya.[21]
            Walaupun Akta 164 Bahagian VIII dan Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 tidak menjadi punca pertikaian, keterlibatannya secara tidak langsung dalam perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi halangan kepada bidangkuasa Mahkamah Syariah. Pemberian bidangkuasa kepada Mahkamah Sivil atas sebab sebahagian daripada isu kes melibatkan hak jagaan anak akan meninggalkan kesan yang serius terhadap bidangkuasa dan kuasa Mahkamah Syariah dalam hal hadhanah dan penjagaan kanak-kanak bagi orang Islam.
            Tambahan pula, peruntukkan hak penjagaan anak dan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan adalah saling berkait rapat dan merupakan aspek yang perlu dalam proses penentuan orang yang berhak kepada hak jagaan kanak-kanak di antara para waris dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Oleh itu, mahkamah tidak seharusnya beranggapan bahawa perkara tersebut tidak termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah sedangkan hadhanah dan penjagaan kanak-kanak adalah aspek yang sedia wujud dalam undang-undang kekeluargaan Islam dan tidak semestinya menjadi isu utama dalam setiap pertikaian.
PENTAFSIRAN PERKARA 121 (1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perbincangan tentang bidangkuasa Mahkamah Syariah mestilah merujuk kepada Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan:
             Mahkamah-mahkamah yang disebut dalam Fasal (1)[1] tidaklah boleh mempunyai bidangkuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.
            Merujuk kepada perkara 74 dan perenggan 1 Senarai Negeri dalam Perlembagaan, bidangkuasa Mahkamah Syariah adalah lebih luas dari apa yang diberi dengan nyata kepadanya oleh badan perundangan negeri yang berkenaan. Mahkamah Syariah hendaklah mempunyai bidangkuasa ke atas orang-orang yang menganut agama Islam mengenai mana-mana perkara yang termasuk di dalam perenggan 1 itu. Ia tidak dihadkan kepada apa yang telah diperuntukan dengan nyata.[22] Perkara-perkara itu termasuk undang-undang Islam dan undang-undang keluarga orang yang menganuti agama Islam. Ia termasuk kuasa berhubung dengan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang menganuti agama Islam terhadap ajaran agama itu.
            Fakta bahawa badan perundangan telah diberi kuasa membuat undang-undang akan tetapi dia belum membuat demikian, tidak akan menjejas dari kenyataan bahawa perkara-perkara itu termasuk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah, seperti yang dinyatakan dalam perenggan 1 Senarai Negeri dan bidang kuasa yang mana telah ditarik keluar dari mahkamah-mahkamah yang disebut di Perkara 121 (1) Perlembagaan. Jika badan perundangan negeri belum lagi membuat undang-undang khusus dalam perkara itu, ia adalah termasuk dalam kuasanya membuat demikian pada masa hadapan di bawah peruntukan Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu, apabila perkara itu dipertikaikan bidangkuasa itu adalah kepunyaan Mahkamah Syariah dan bukan kepunyaan mahkamah yang disebut dalam Perkara 121 (1) walaupun tidak terdapat peruntukan khas dalam enakmen-enakmen negeri mengenai perkara itu pada masa isu itu timbul.
            Itu adalah maksud Perkara 121 (1A) apabila ia menyebut dengan jelas bahawa Mahkamah-mahkamah Sivil yang disebut di Perkara 121 (1), termasuk Mahkamah-mahkamah Tinggi tidak akan ada bidangkuasa dalam perkara itu. Fakta bahawa Mahkamah-mahkamah Syariah belum dengan nyata diberi kuasa memutuskan isu yang timbul itu oleh badan perundangan negeri, tidak bermakna bidangkuasa itu hendaklah dijalankan oleh mahkamah-mahkamah yang disebutkan di Perkara 121 (1). Isunya bukan sama ada seseorang yang pertikaikan perkara itu boleh dapat remedi-remedinya akan tetapi isunya ialah bidangkuasa mahkamah-mahkamah untuk membicarakan perkara yang berkenaan– bidangkuasa awalan untuk mendengar dan menentukan perkara itu.
            Ini bermakna setiap perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai 2, Perlembagaan Persekutuan adalah termasuk dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah tanpa mengambil kira ketiadaan peruntukan nyata dalam enakmen negeri. Dengan kata lain, kesan kenyataan di atas adalah Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa yang lebih luas yang tidak terhad kepada peruntukan yang dinyatakan dalam enakmen-enakmen negeri. Bidangkuasa tersebut boleh dianggap bidangkuasa semulajadi yang dimiliki oleh Mahkamah Syariah seperti yang dinyatakan dalam Butiran 1, Senarai 2. Selagi mana sesuatu perkara itu dinyatakan dalam Senarai 2, Mahkamah Syariah akan mempunyai bidangkuasa dalam hal tersebut, meskipun Badan Perundangan Negeri belum membuat undang-undang tentang perkara itu.
            Adalah jelas bahawa tujuan Parlimen dengan adanya Perkara 121 (1A) ialah untuk menyingkirkan bidangkuasa Mahkamah-mahkamah Tinggi di dalam mana-mana perkara yang termasuk di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah.[23] Oleh kerana itu, apabila ada cabaran kepada bidangkuasa pendekatan yang betul ialah dengan melihat sama ada Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa dan bukan sama ada badan perundangan negeri mempunyai kuasa memperuntukkan undang-undang yang memberi bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah. Kesahan undang-undang hanya boleh dipersoalkan di dalam prosiding berasingan di bawah Perkara 4(3) Perlembagaan Persekutuan.
            Hal ini kerana, sekiranya Mahkamah Syariah ingin mempunyai bidangkuasa dalam sesuatu perkara, adalah tidak memadai bagi Badan Perundangan Negeri sekadar mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang tertentu sahaja tetapi tidak menggubalnya. Badan Perundangan Negeri perlu memperuntukkan bidangkuasa tersebut kepada Mahkamah Syariah melalui enakmen negeri dan hanyalah setelah itu Mahkamah Syariah boleh dikatakan mempunyai bidangkuasa dalam perkara berkenaan.
            Walaupun tiada peruntukan nyata tentang isu pentadbiran dalam enakmen negeri, Mahkamah Syariah masih mempunyai bidangkuasa. Misalnya, untuk menentukan status agama seseorang samaada beragama Islam atau sebaliknya kerana bidangkuasa berkenaan undang-undang tersebut boleh diperoleh secara tersirat daripada peruntukan yang ada. Kaedah umum pentafsiran undang-undang memperuntukan bahawa sekiranya makna sesuatu statut tidak jelas, pentafsiran secara tersirat adalah dibolehkan dalam sesetengah kes. Dalam kes Soon Singh, meskipun tiada peruntukan nyata dalam enakmen negeri tentang bidangkuasa mahkamah dalam isu keluar daripada agama Islam, mahkamah telah menggunakan prinsip pentafsiran secara tersirat ini dengan mengambil kira peruntukan pertukaran agama daripada agama lain kepada Islam.
PANDANGAN ULAMA' TERHADAP HAK HADANAH BAGI ORANG BUKAN ISLAM TERHADAP KANAK- KANAK ISLAM 
Para ulama' sepakat mengatakan bahawa seorang Islam mempunyai hak hadanah ke atas kanak- kanak yang beragama Islam atau yang bukan beragama Islam dari kalangan keluarganya.[24] Alasan yang diberikan ialah hadanah merupakan hak perwalian (penguasaan) dan seorang Islam mempunyai hak perwalian (penguasaan) ke atas orang Islam atau orang yang bukan Islam dari kalangan keluarganya. Berhubung dengan hak hadanah seseorang yang bukan Islam ke atas kanak-kanak yang bukan Islam dari kalangan keluarganya, ia juga dibenarkan. Tiada perselisihan ulama dalam perkara ini. 
Berhubung dengan hak hadanah atau penjagaan seorang yang bukan Islam ke atas kanak-kanak yang beragama Islam dari kalangan keluarganya, para ulama' telah berselisih pandangan dalam perkara ini. Fuqaha Islam dari mazhab Hanafi[25], Maliki[26] dan Zahiri[27] berpendapat bahawa seorang yang bukan Islam berhak ke atas penjagaan kanak-kanak beragama Islam dari kalangan keluarganya. Ini kerana perasaan kasih sayang tidak akan memberi kesan dengan berbezanya agama di antara mereka. Mereka juga mengasaskan pandangan mereka kepada keumuman hadith Nabi Muhammad s.a. w yang tidak membezakan apa jua agama yang dianuti oleh si ibu dan si anak,
"Sesiapa yang memisahkan seorang anak daripada ibunya, nescaya Allah akan memisahkannya daripada orang yang dikasihi pada hari Kiamat.
Sementara itu, para ulama' darpada mazhab Syafi'I, Hambali dan sebahagian daripada mazhab Maliki berpendapat bahawa seorang yang bukan Islam tidak mempunyai hak hadanah ke atas kanak-kanak Islam dari kalangan keluarganya. Antara dalil yang dirujuk ialah firrnan Allah yang bermaksud:
"Allah sama sekali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir ke atas orang-orang yang beriman (untuk memusnahkan mereka)." Menurut mereka yang di rnaksudkan dengan "...memberi jalan.. ." di dalam ayat ini ialah perwalian atau penguasaan. Hadanah adalah sebahagian hak perwalian, sama seperti perwalian dalam perkahwinan dan harta. Oleh itu, tidak wajar bagi seorang yang bukan Islam mengendalikan hak perwalian ke atas kanak-kanak yang beragama Islam.
Mereka juga mengatakan sekiranya hak hadanah gugur daripada seorang Islam yang fasiq, maka menggugurkannya daripada seorang yang bukan Islam adalah terlebih wajar. Bahkan seorang yang bukan Islam sekiranya diberikan hak penjagaan ke atas anak yang beragarna Islam, berkemungkinan besar ia akan memesongkan anak tersebut daripada agama dan akidah Islam. 
Pada dasarnya penulis berpendapat bahawa perbezaan agama tidak sepatutnya menjadi batu penghalang untuk seorang menjaga kanak-kanak dari kalangan keluarganya (seperti anaknya, cucunya clan sebagainya). Ini kerana terdapat hadith-hadith yang pada zahirnya memberi ruang kepada orang yang bukan Islam membela sama anak kesayangan mereka. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A. W ketika menyelesaikan hak penjagaan anak yang menjadi rebutan antara sahabatnya Rafi' ibn Sinah r.a dan isterinya yang tidak memeluk Islam, Rasulullah S.A.W telah memberi hak kepada anak tersebut memilih salah seorang antara mereka berdua. Apabila si anak memilih si ibu, lantas Rasulullah berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada si anak tersebut. Akhirnya, si anak memilih bapanya. Sekiranya si ibu yang bukan Islam tidak berhak ke atas anaknya, nescaya Rasulullah S.A. W tidak membuka peluang pemilihan itu.
KONSEP KEBEBASAN BERAAGAMA DALAM MALAYSIA
Kebebasan beragama merupakan salah satu hak kebebasan asasi yang diiktiraf oleh Malaysia kepada setiap warganegara di bawah Perlembagaan Persekutuan.[28] Pada peringkat antarabangsa, pengiktirafan diberikan terhadap hak kebebasan beragama antaranya melalui instrumen antarabangsa seperti Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR 1948) serta Waad Antarabangsa Berkaitan Hak Sivil dan Politik 1966 (ICCPR 1966).[29] Kebanyakan negara di dunia juga mempunyai peruntukan mengenai kebebasan beragama walaupun liputan terhadap tahap kebebasan khususnya hak untuk menukar agama berbeza antara sebuah negara dengan negara yang lain.[30]
Pertikaian mengenai isu agama telah lama wujud sejak zaman penjajahan Inggeris lagi. Hal ini demikian kerana agama Islam mendapat pengiktirafan Inggeris sebagai terpakai dalam soal peribadi masyarakat Tanah Melayu pada masa tersebut.[31] Isu agama termasuklah hak menukar agama diakui masih wujud secara berterusan dan sukar dibendung selagi undang-undang sedia ada tidak diperkemas.

Dalam kes Re Maria Hertogh.[32] Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes ini memutuskan bahawa ibu bapa asal mempunyai hak penjagaan dan menentukan agama kanak-kanak berkenaan. Walaupun hasrat kanak-kanak dalam kes ini untuk terus tinggal di Tanah Melayu bersama ibu angkatnya dan kekal dalam agama Islam, mahkamah mengambil kira faktor umur kanak-kanak terbabit yang baru berusia 13 tahun. Walaupun melibatkan isu kebebasan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, kes ini boleh digunakan bagi melihat permulaan timbulnya isu kebebasan beragama di Malaysia.[33]
Dalam kes Teoh Eng Huat lwn Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 soalnya sama adi seorang gadis Cina umur 17 tahun 8 bulan berhak memeluk agama Islam tanpa pengetahuan dan persetujuan bapanya. Di Mahkamah Tinggi telah diputuskan oleh kerana gadis Cina itu telah memeluk agama Islam dengan sukarelanya dan tidak dipaksa oleh sesiapa dia berhak memeluk agama Islam mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Malaysia yang memperuntukkan "Semua orang-orang berhak menganut dan mengamal ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4) menyebarkannya".
Akan tetapi apabila rayuan dibuat oleh bapa itu ke Mahkamah Agong, Abdul Hamid Ketua Hakim Negara pada masa itu telah merujuk kepada Perlembagaan Malaysia dan khususnya Perkara 3 yang menyebut Islam adalah ugama Persekutuan; dan juga pada pendapat Suruhanjaya Reid mengenai Perkara 3 itu. Seperti yang telah dinyatakan dahulu Suruhanjaya Reid tidak menyokong diadakan peruntukan seperti Perkara 3 akan Hakim yang arif itu beliau berkata "Pada asas iaitu Perlembagaan kita digubal dan diisytiharkan." Beliau merujuk kepada Perkara 12(3) dan (4) Perlembagaan yang memperuntukkan;-
(3) Tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau sembahyang sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(4) Bagi maksud fasal (3) ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibubapa atau penjaganya.
Sungguhpun fasal (4) itu menyebut "untuk maksud fasal (3) iaitu mengenai pengajaran ugama di sekolah, Hakim yang arif itu telah menggunakan fasal itu untuk memutuskan seorang ibubapa atau penjaga berhak menentukan agama seorang yang belum dewasa. Sebetulnya beliau tidak perlu membuat keputusan itu oleh kerana pada masa itu gadis itu telah pun berumur lebih dari lapan belas tahun. Keputusannya ialah dianggap obiter dicta atau pandangan sahaja, akan tetapi sayangnya ia telah diterima pakai dalam undang-undang di Malaysia.[34]
Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) pula memperuntuk bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh masuk Islam jika ibu atau bapa atau penjaga mengizinkannya.
"Antara kes yang boleh dirujuk yang berkaitan dengan hak penentuan agama anak ialah kes Subashini Rajasingam lwn Saravanan Thangathoray, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan
"Ini adalah kerana berdasarkan Perkara 12 (4) itu, agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya, oleh itu dalam kes ini suami adalah berhak untuk mengislamkan anaknya walaupun isterinya tidak bersetuju.
Dalam kes Re Susie Teoh, Hakim Mahkamah Tinggi YA Abdul Malek, memutuskan bahawa seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Penjagaan Anak 1961 untuk memilih agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih agamanya sendiri. Ringkasnya, seseorang  bukan Islam  yang berumur di bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak tertakluk kepada kehendak penjaganya. Tetapi, keputusan ini dibalikkan di Mahkamah Agung. Di Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua keadaan, demi kepentingan negara yang lebih utama (in the wider interests of the nation), seseorang minorit tidak mempunyai hak automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai mengatasi hak seorang kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di bawah Perkara 11. [35]
FAKTOR PENENTUAN PERINTAH MAHKAMAH
Dalam membuat keputusan terhadap kes ini, boleh disimpulkan bahawa Mahkamah Syariah perlu memberikan penekanan yang berat kepada frasa “memperuntukkan bidangkuasa”. Perkara berkaitan penentuan status agama anak adalah termasuk dalam kuasa perundangan Persekutuan yang eksklusif seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 12(4) maka Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang dalam perkara tersebut. Oleh yang demikian, Badan Perundangan Negeri tidak boleh memperuntukkan bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah untuk memutuskan hal-hal status agama Islam bagi orang bukan Islam di bawah umur.
            Tambahan pula, ia telah menjadi amalan Mahkamah Sivil di Malaysia untuk memutuskan perkara yang bersangkut paut dengan undang-undang penentuan status agama kerana berkait rapat dengan hak penjagaan. Adalah jelas bahawa apabila seseorang bukan Islam yang mempunyai anak meninggal dunia, hak penjagaan anak tersebut haruslah dipohon daripada Mahkamah Sivil. Sekiranya timbul pertikaian dalam mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 teruramanya melibatkan status agama si anak, ia mesti diselesaikan oleh Mahkamah Sivil yang telah diberi kuasa dalam hal yang melibatkan hak jagaan anak. Kesannya, keputusan Mahkamah Syariah tidak lagi akan digunakan.
            Meskipun bidangkuasa yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah dalam hak jagaan anak, telah dinyatakan dengan jelas dalam Seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003, bidangkuasa ini telah dihadkan oleh peruntukkan Perkara 12(4) yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.[36] Kedudukan ini kekal meskipun perubahan statutori telah dibuat untuk memperbaiki atau meluaskan bidangkuasa Mahkamah Syariah dengan menyempitkan atau mengurangkan bidangkuasa Mahkamah Sivil melalui penambahan klausa (1A) dalam Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1988.


KESIMPULAN
Keputusan yang bercanggah antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dalam kes Izwan Bin Abdullah telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat Islam. Sesetengahnya melahirkan rasa kecewa dengan keputusan tersebut. Mereka menganggap ia adalah peluang keemasan bagi Mahkamah Syariah untuk memperbetul kepincangan sistem perundangan Malaysia tentang bidangkuasa mahkamah dalam hal penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang hak jagaan kanak-kanak yang melibatkan penjaga orang bukan Islam dan kanak-kanak yang beragama Islam.
            Bidangkuasa untuk memutuskan pertikaian tentang hak penjagaan anak yang melibatkan si anak telah memeluk agama Islam itu sebenarnya telah sedia wujud dalam perlembagaan dan enakmen negeri yang lain. Kecenderungan semasa yang ditunjukkan dengan menggunakan prinsip pentafsiran yang tersirat ini apabila memutuskan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan kes keluar daripada Islam.[37]
            Walaubagaimanapun, dalam penentuan hak jagaan anak, kebajikan adalah isu yang diutamakan oleh Hakim dalam penentuan penjagaan kanak-kanak. Keterlibatan masyarakat telah menghangatkan isu penjaga yang bukan Islam akan menyebabkan anak beragama Islam akan mengikuti agama si penjaga. Sebenarnya, amalan di Mahkamah adalah melihat kepada siapa yang mempunyai hak untuk menuntut hak jagaan anak akan didengari tuntutannya di Mahkamah kerana mereka mempunyai locus standi untuk berbuat demikian. Baik Mahkamah Syariah mahupun Mahkamah Sivil masing-masing memperuntukkan kebajikan kanak-kanak sebagai isu utama yang perlu diperlihatkan dalam penentuah hak penjagaan. Ini termasuklah hak kanak-kanak tersebut untuk terus berada di dalam agama Islam sekiranya keluar daripada agama Islam itu akan menjejaskan kebajikannya.[38]
            Tidak salah sekiranya penjaga yang bukan Islam menjaga anak yang telah memeluk agama Islam sekiranya kebajikan anak tersebut lebih dipelihara dengan baik bersamanaya. Sebaliknya, inilah jalan yang telah ditetapkan oleh Syarak dalam menentukan hak jagaan kanak-kanak.[39] Hal ini kerana Mahkamah Syariah boleh untuk memberikan hak jagaan kepada mana-mana orang lain sekiranya individu tersebut dapat memenuhi kebajikan kanak-kanak. Malahan dalam amalan Islam ada membenarkan kanak-kanak Islam dijaga oleh orang bukan Islam selagi ia tidak mendatangkan mudarat terhadap akidah kanak-kanak tersebut.[40] Ini menunjukkan, kedua-dua Mahkamah boleh untuk mendengar tuntutan hak penjagaan kanak-kanak yang mempunyai isu status agama dengan melihat kepada status kebajikan kanak-kanak itu sebagai perkara utama yang perlu diselesaikan.[41] Di samping itu, perbalahan dan perebutan hak jagaan anak dalam perkahwinan sivil boleh dikendalikan di Mahkamah Sivil, dengan syarat pasangan yang memeluk Islam diberi peluang menyatakan kesnya mengikut undang-undang Islam dengan bantuan pakar Islam. Begitu juga sebaliknya, apabila seorang mualaf membawa permohonan hak jagaan anak dan isu pertukaran agama ke Mahkamah Syariah, mahkamah perlu memberi peluang kepada pasangan bukan Islam didengar, terutama jika ia membabitkan seorang ibu kerana Islam tetap mengiktiraf hak seorang ibu terhadap anaknya. Isu pengislaman secara automatik mengikut agama ibu atau bapa yang memeluk agama Islam tidak patut timbul.
            Walau bagaimanapun, jalan penyelesaian yang paling baik untuk mengelakkan kerumitan lain pada masa hadapan adalah dengan membuat pindaan ke atas Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan dengan mengecualikan orang Islam daripada tertakluk di bawahnya. Sebagai alternatif, satu undang-undang hak penjagaan kanak-kanak Islam dalam permohonan ahli waris atau penjaga yang bukan beragama Islam perlulah disediakan di peringkat negeri dengan memperuntukkan bidangkuasa yang jelas kepada Mahkamah Syariah. Misalnya dengan membenarkan tuntutan dibuat oleh orang bukan Islam terhadap penjagaan kanak-kanak yang telah memeluk agama Islam dengan meletakkan syarat bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai pertalian hubungan atau kepentingan kebajikan dengan mereka Haruslah diingat bahawa meskipun bidangkuasa Mahkamah Syariah yang jelas telah pun diperuntukkan, tidak akan membawa apa-apa kesan sekiranya Mahkamah Syariah sendiri tidak memainkan peranan yang proaktif untuk memperkasa bidangkuasanya.
RUJUKAN
Peruntukan Undang-Undang
P.Persekutuan 12(4)
Seksyen 88 AMU 1964
Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act)-tafsiran umur dan penjagaan
Rujukan Penghakiman Kes-Kes Terdahulu
1.         Kok Yoong Heong lwn Choon Thean San [1976] 1 MLJ 292- takrifan kebajikan
2.         R.Samaswathy lwn R.Palakrishnan [1986] Mal. Digest 47- kesan perubahan penjagaan dalam peringkat umur
3.         Manikam lwn Interahnee [1985] 1 MLJ 56 – kemahuan anak diambil kira
4.         Kanalingam lwn Kanagarajah [1982] 1 MLJ 264-kemahuna anak
5.         Chua Thye Peng & Anor lwn Kuah Huah Oong [1978] 2 MLJ 217-kehendak ibu bapa
6.         In Re Mc Grath [1892] 1 Ch 143- kepercayaan,perlakuan dan perbuatan yg menunjukkan kehendak ibu bapa
7.         Winnie Young [1978] 2 MLJ 217- kehendak bapa terhadap agama kanak2 hendaklah dibuktikan
8.         Teoh Eng Huat, Re Chee Peng Quek [1963] 1 MLJ, Re Maria Hertogh [1951] MLJ 1964-bapa tentukan agama






[1] Seksyen 82 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
[2] Seksyen 83 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
[3] Seksyen 87 Enakmen undang-Undang keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Dalam Seksyen ini Mahkamah Syariah telah meletakkan faktor kebajikan merupakan factor utama dalam melayakkan seseorang itu mendapat hak hadanah.
[4] Op.Cit. Seksyen 88 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 Akta 164. Selain daripada peruntukkan ini, Seksyen 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak 1961 turut memberi penekanan terhadap soal kebajikan kanak-kanak yang mana ia akan dilihat dari aspek-aspek seperti moral, fizikal dan mental, masa depan yang boleh dijangkakan dan tidak tertumpu kepada sesuatu hal keadaan atau masa-masa tertentu sahaja.
[5] Kok Yoong Heong lwn Choon Thean San [1976] 1 MLJ. 292. Dalam kes ini Hakim telah menyentuh mengenai kebajikan dalam Seksyen 11 Akta Penjagaan Kanak-Kanak, bahawa Mahkamah mesti mengambil makna perkatan kebajikan itu secara menyeluruh dan meluas.
[6] [1968] 2 QB 241
[7] Kenyataan oleh Hakim Abdoolcadeer dalam kes Mohamed bin Ismail lwn. Tan Sri Haji Othman Saat [1982] 2 MLJ 133. Dalam kes ini Hakim Wan Yahya terlebih dahulu semasa penghakiman di peringkat Mahkamah Tinggi menyatakan bahawa penentuan skop Locus Standi mengambil kira kepentingan awam agar satu pendekatan yang liberal dan luas dapat diambil.
[8] Di dalam kes Abdul Razak Ahmad lwn. Kerajaan Negeri Johor [1994] 3 AMR 2463 telah menyokong penuh amalan penentuan Locus Standi yang ditakrifkan oleh Hakim Hashim Yeop Sani. Lihat juga kes Re United Engineers.


[9] Lihat kes Hasan Arif Hafiz Ahmed lwn Hasimah Hafiz Ahmed & Hasnah Hafiz Ahmed (2006) JH XXII/I, 61. Dalam kes ini, Panel Rayuan sebulat suara menolak rayuan pemohon dan berpendapat bahawa responden-responden bukanlah pihak-pihak yang sepatutnya dikaitkan dalam urusan harta pesaka kerana mereka telah jelas bukan disenaraikan sebagai ahli waris. Lihat juga kes Bakhtiar bin Adnan lwn Mohd Fawzi bin Nahrawi dan 6 yang Lain (2006) JH XXI/I 19 yang mana diputuskan bahawa permohonan ex-parte perintah interim injunksi yang dibuat oleh pemohon adalah salah aturan dan ditolak oleh Mahkamah kerana Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang merupakan tuan tanah kepada tapak surau yang telah diwakafkan itu sepatutnya dijadikan sebagai responden dalam kes ini dan bukannya pemilik tanah yang asal.
[10] Seksyen 88 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 Akta 164. Dalam Seksyen ini menjelaskan pihak yang berhak menuntut hak jagaan anak terdiri daripada ibu atau bapa, saudara kepada anak atau persatuan kebajikan.
[11] Subashini lwn Sa­rawanan (2008) 2 MLJ 147. Dalam kes ini, anak telah diislamkan oleh penjaganya yang beragama Islam.
[12] http://www.freemalaysiatoday.com/ dilihat pada 28 April 2015.
[13]http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahkamah-sivil-perlu-ambil-duluan-undang-undang-syariah-kes-hak-jagaan-kata dilihat pada 28 April 2015. Dalam laman ini turut menyatakan bahawa pihak polis berpendapat bahawa lebih wajar untuk diletakkan hak jagaan anak di pusat kebajikan kerana ia dilihat lebih adil kepada kedua-dua belah pihak.
[14]http://www.agc.gov.my/pdf/ dilihat pada 28 April 2015.
[15] Seksyen 95 (b)Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan.
  Seksyen 80 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Kedah 2008.
  Seksyen 106 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Perak 2004.
[16] Seksyen 117 Enakmen Pentadbiran undang-Undang Islam Selangor 2003.
[17] Op.Cit. Seksyen 83 Enakmen Keluarga islam (Negeri Selangor) 2003. Dalam Seksyen ini telah menyatakan salah satu syarat yang melayakkan seseorang itu diberi hak hadanah adalah seorang yang beragama Islam.
[18] Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan. Dalam peruntukkan ini menggariskan status agama si anak yang di bawah umur 18 tahun ditentukan oleh ibu bapa atau penjaga kanak-kanak. Lihat juga kes Re Chee Peng Quek [1963] 1 MLJ yang mana Mahkamah memutuskan seseorang bapa itu berhak menentukan agama anaknya yang di bawah umur.
[19] Lihat kes Sim Hong Ban lwn Lois Jean Sim [1973] 1 MLJ 1. Dalam kes ini Mahkamah menyatakan bahawa pertimbangan tentang kebajikan Cuma mengatakan kemahuan ibu bapa itu perlu diambil kira tetapi tidak seharusnya dijadikan kata pemutus.
[20] Re Satpal Singh [1958] 24 MLJ 283.
[21] http://www.agc.gov.my/Akta/Vol.%2011/Akta%20505%20-%20Akta%20Pentadbiran%20Undang-Undang%20Islam%20%28Wilayah-Wilayah%20Persekutuan%29%201993.pdf
[22] Md Hakim Lee lwn Majlis Agama Islam, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur [1998] 1 MLJ 681.
[23] Dalip Kaur lwn Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor [1992] 1 MLJ 7
[24] -Al-Nawawi, Mahyuddin Syarf, (t.t.), Rawdat al Talibin wa 'Umdat al Muftin, j. c. 2. Beirut: al-Maktab al,j.9, h. 99 
[25] Al Dasuqi,j. 2, h. 529.
[26] Al-Sarakhsi, Syam al Din (1986M/1406H), al Mabsut, Beirut: Dar al Ma'rifah, j. 5, h. 210. 
[27] Abu Muhammad' Ali b. Ahmad b. Sa'id b. Hazm (t.t.), al Muhalla, Qaherah: Dar al Turath, j. 10, h.
[28] Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan ugamanya”. Hak kebebasan asasi lain terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Perkara 5-13.

[29] Prinsip-prinsip hak asasi manusia yang diluluskan oleh PBB melalui Deklarasi Sejagat Mengenai Hak-Hak Asasi Manusia (UDHR) 1948 Artikel 18 –Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, naluri hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara bersama dengan orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti agama atau kepercayaannya melalui pengajaran, amalan, pemujaan dan pematuhan. Peruntukan ICCPR sedikit berbeza. Artikel 18; “Semua orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, naluri hati dan agama. Hak ini hendaklah termasuk kebebasan untuk mengadakan atau mengamalkan agama atau kepercayaan pilihannya, dan kebebasan, sama ada secara individu atau secara bersama dengan orang lain dan secara terbuka atau bersendiri, menganuti agama atau kepercayaannya dalam ibadah, pemeliharaan, amalan dan pengajaran Teks UDHR dari http://www.udhr.org/UDHR/ default.htm. Tarikh capaian pada 3 Ogos 2009.Teks ICCPR dari http://ww2.ohcr.org/english/ law/ccpr.htm. Tarikh capaian pada 3 Ogos 2009.

[30] Contohnya Perkara 25 Perlembagaan India memperuntukkan kebebasan dalam menukar agama, manakala Perlembagaan Arab Saudi tidak membenarkan penukaran agama bagi orang Islam. Tahir Mahmood, “Islamic Law and State Legislation on Religious Conversion in India” dlm. Chibli Mallat (pnyt.), 1993. Islam and Public Law. London: Arab and Islamic Law Series, Graham & Trotman. hlm. 165. Laura Dudley Jenkins, “Legal Limits on Religious Conversion in India” dari http://www.law.duke.edu.journals/lcp. Tarikh pada 5 Mei 2011. ECLJ, “International Protection of the Right to Choose One’s Religion and Change One’s Religious Affiliation”, ACLJ, September 2007 dari http://www.eclj.org/PDF/070911_ECLJ_Report.pdf. Tarikh pada 7 Jun 2010.

[31] Ahmad Mohamed Ibrahim, 1997. Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: IKIM, hlm. vii. Kes Ramah lwn Laton [1927] 6 FMSLR 128.
[32] [1951] MLJ 164. Professor Aziz Bari melihat kes Re Susie Teoh sebagai kes pertama mengenai kebebasan beragama. Abdul Aziz Bari, “Hak Asasi Dalam Perlembagaan Malaysia: Ruang Lingkup dan Masalahnya” dlm. Jurnal Syariah 10:1, hlm 62.
10 mei 2015

[33] Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, “Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia” dlm. http://www.islam.gov.my/buu/artikel2.html. Capaian pada 10 Mei 2015.  Walau bagaimanapun, mahkamah rayuan Singapura telah mengakui bahawa anak perempuan dalam kes tersebut telah memeluk agama Islam sungguhpun umurnya baru 13 tahun.
[34] Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim, “Kedudukan Islam dalam Perlembagaan Malaysia” dlm.  http://tayibah.com/eIslam/kedudukan_islam_dlm_perlembagaan.phpCapaian pada 10 Mei 2015. 

[35] Teoh Eng Huat lwn Kadhi, Pasir Mas  [1990] 2 MLJ 301, Hak Asasi Manusia:Imbangan Antara Hak Ramai dan Hak Individu. http://www.reocities.com/CapitolHill/6954/hakasasi.htm#_edn12. 10 Mei 2015.
[36] Perintah hak jagaan anak yang diperolehi di Mahkamah Tinggi Syariah akan bercanggah dengan keputusan yang diperolehi oleh Pemohon di Mahkamah Sivil. Rujuk juga kes Izwan Bin Abdullah yang belum lagi dilaporkan, dan masih lagi di peringkat rayuan.
[37] Soon Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) [1999] 1 MLJ 489. Dalam kes ini jelas Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam mendengar penentuan status agama bagi kes keluar daripada Islam. Ini juga bermakna Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa dalam penentuan status agama Islam si anak walaupun Perkara 12(4) menyatakan hak penjaga untuk menentukan staus agama kanak-kanak bawah umur 18 tahun.
[38] Lee Soh Choo lwn Tan Ket Huat [1987] 1 MLJ 255. Dalam kes ini menyatakan Mahkamah menyatakan tidak teragak-agak untuk mengubah penjagaan kanak-kanak sekiranya ia menganggu perkembangan mental, fizikal dan emosinya. Hal ini kerana, tiada suatu keutamaan dalam membuat perkiraan apakah “kebajikan” itu sebenarnya atau apakah sebetulnya erti kesejahteraan kepada seseorang kanak-kanak itu.
[39] Seksyen 87 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Dalam seksyen ini menyebut bahawa Mahkamah Syariah boleh memerintahkan hak jagaan kepada mana-mana orang lain dalam hal yang memaksudkan kepada kebaijkan kanak-kanak tersebut.
[40] http://www2.bharian.com.my/articles/Orangkafirtaklayakdapathakhadanah/Article/ dilihat pada 29 April 2015. Dalam petikan akhbar ini menjelaskan bahawa Mazhab Syafie melarang hak jagaan anak yang Bergama Islam kepada pihak yang bukan Islam kerana keutamaan menjaga akidah bagi kanak-kanak yang belum cukup umur diutamakan kerana bimbang kanak-kanak tersebut akan dipengaruhi. Namun, dalam Mazhab Hanafi dan Maliki pula membolehkan pihak bukan beragama Islam untuk diberi hak jagaan kepada kanak-kanak beragama Islam selagi mana ia tidak memudaratkan akidah kanak-kanak tersebut.