Khamis, 18 Jun 2015

Implikasi Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ke Atas Industri Takaful di Malaysia: Tumpuan kepada Tadbir Urus Syariah

AHMAD BASYIR BIN YAAKUB


ABSTRAK

Industri Takaful telah diwujudkan di Malaysia dalam menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub dalam Industri Kewangan Islam.Beberapa peruntukan undang-undang telah diperkenalkan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Industri Takaful seperti Akta Takaful 1984, Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Artikel ini akan membincangkan kesan peruntukkan perundangan tersebut dalam aspek tadbir urus syariah Industri Takaful di Malaysia.Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan dokumen yang mana terbahagi kepada empat bahagian. Pertama,pengenalan kepada kajian. kedua, penjelasan metodologi kajian. ketiga, menyentuh mengenai peranan Majlis Penasihat Syariah dan kedudukan dalam Ijtihad berkaitan kewangan Islam. Keempat perbincangan implikasi Akta Takaful 1984, Akta Bank Negara Malaysia 2009, dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dalam tadbir urus syariah Industri Takaful di Malaysia. Kesimpulan awal mendapati perlunya kepada perubahan perundangan dalam Industri Takaful untuk memastikan kecukupan kerangka perundangan selaras dengan perubahan masa operasi Industri Takafulyang telah bertapak selama 30 tahun lamanya.

Kata Kunci :Implikasi;Kewangan Islam; Tadbir urus Syariah

ABSTRACT
Takaful Industry has been established in Malaysia responding the government call in creating Malaysia to be a hub for Islamic Financial Industry. Several law allocations were introduced to ensure smoothness for Takaful Industry implementation such as Takaful Act 1984, Central Bank of Malaysia Act 2009 and Islamic Financial Services Act 2013. This article will analyze the effects of allocating law regulations in governing aspect to the syariah takaful industry in Malaysia. This research will use documental review approach in which divided into four sections. Firstly, research introduction. Secondly, research methodology explanatory. Thirdly, conceptual clarification on the role of syariah advisory council and the level of ijtihad relating to Islamic financial. Lastly, the implication discuss on Takaful Act 1984, Central Bank of Malaysia Act 2009 and Islamic Financial Services Act 2013 regulating the syariah takaful industry in Malaysia. Preliminary conclusion suggested the need for legislative changes in the takaful industry to ensure sufficiency of legal structure conformable with the takaful industry operation time change that has set its foot for 30 years in duration.
Keyword: Implication; Islamic Financial; Syariah Governance


PENGENALAN

Pembangunan Industri Takaful di Malaysia pada awal tahun 1980an didorong oleh keperluan semasa masyarakat Islam pada ketika itu yang mana mereka inginkan sebuah insuran yang lebih Islamik serta memenuhi keperluan syariah selain dari insuran sediada iaitu insuran berbentuk konvensional. Ia juga diwujudkan bagi melengkapkan operasi Perbankan Islam yang ditubuhkan pada tahun 1983, penubuhan Industri takaful juga boleh dikatakan diwujudkan di Malaysia bagi menyahut seruan kerajaan selama ini untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub dalam Industri Kewangan Islam. Peruntukan perundangan yang berkaitan telah diperkenalkan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan Industri Takaful seperti Akta Takaful 1984, Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Bermulanya Industri Takaful di Malaysia iaitu pada tahun 1982 setelah wujud dan tertubuhnya pasukan petugas khas untuk mengkaji potensi dan daya maju syarikat insuran secara Islam di Malaysia. Ini kemudianya di ikuti dengan tertubuhnya Perbadanan Syarikat Takaful Malaysia Berhad pada Nov 1984 dan seterusnya Akta Takaful 1984 dan digezetkan pada Nov1984. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB) merupakan syarikat yang pertama berjaya memulakan operasinya pada Ogos 1985.  Bank Negara Malaysia telah diberi tanggungjawab mengawalselia Industri Takaful pada Mei 1988. Setelah begitu lama beroperasi Takaful Malaysia telah berkembang pesat dan mengalamai berbagai perubahan dalam operasinya termasuklah beberapa perubahan berkaitan peruntukkan perundangan dalam tadbir urus syariah Industri Takaful. Secara umumnya proses tadbir urus syariah dalam syarikat Industri Takaful di Malaysia banyak melibatkan pihak-pihak atasan iaitu termasuklah lembaga pengarah, pegawai pengurus kanan, pegawai bahagian syariah dan lain-lain kakitangan yang terlibat dalam pematuhan syariah. Makalah ini lebih memfokuskan kepada system tadbir urus syariah yang meliputi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dalam peruntukan undang-undang Islam dan ijtihad berkaitan kewangan Islam. Makalah ini juga akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan tugas jawatankuasa syariah yang di pertanggungjawabkan kepada mana-mana syarikat yang mengendalikan syarikat takaful (SPT) dalam ruang lingkup Industri Takaful sahaja. Perbincangan dan kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kepada implikasi Akta Takaful 1984, Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013dalam tadbir urus syariah Industri Takaful di Malaysia.

METODOLOGI KAJIAN

Makalah ini menggunakan pendekatan tinjauan kepada dokumen yang mana terbahagi kepada empat bahagian iaitu pengenalan, penjelasan metodologi kajian, Peranan Majlis Penasihat Syariah dan kedudukan Majlis Penasihat Syariah dalam ijtihad berkaitan kewangan Islam serta perbincangan terhadap implikasi Akta Takaful 1984,Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dalam tadbir urus syariah Industri Takaful di Malaysia. Kepentingan melakukan tinjauan atau rujukan terhadap dokumen bertujuan mendapatkan apa-apa pembuktian dari sumber yang berbentuk dokumen. Sumber perundangan bertulis merupakan dokumen yang terpenting untuk menentukan segala peranan dan fungsi gerak kerja tadbir urus syariah dalam Industri Takaful. Myers (2009) menjelaskan bahawa metod trigulasi yang dijalankan melalui penelitian terhadap pelbagai sumber data untuk menjelaskan sesuatu kajian. Metod trigulasi ini digunakan melalui kepelbagaian maklumat daripada sumber rujukan jurnal-jurnal yang berkaitan dan merujuk kepada keputusan penghakiman beberapa kes sebelum ini yang berkaitan dengan syarikat pengendali takaful di Malaysia.

RANGKA KERJA PERUNDANGAN INDUSTRI TAKAFUL

Sebuah jawatankuasa telahpun ditubuhkan oleh pihak kerajaan pada tahun 1982 bagi mencari satu jalan penyelesaian alternative terhadap syarikat insuran agar ia beroperasi mengikut undang-undang syariah. Akta Takaful telah diluluskan oleh parlimen pada tahun 1984. Akta Takaful 1984 adalah merupakan sumber rujukan utama undang-undang takaful yang pertama di Malaysia manakala yang menjadi asas kepada pembentukan Akta Takaful Malaysia ialah berdasarkan Akta Insurans tahun 1963. Rujuk Seksyen 53 Akta Takaful Malaysia 1984 yang mana menghendaki setiap pengendali takaful membentuk jawatankuasa syariah masing-masing. Akta inilah yang menetapkan segala peruntukan undang-undang di Malaysia dalam setiap perniagaan yang berkaitan dengan takaful. Undang-undang am mempengaruhi takaful meliputi prinsip-prinsip am kontrak dimana mesti ada Ijab (tawaran) dan Qabul (penerimaan) dan juga pengeluaran nota perlindungan atau nota perlindungan sementara (yang mana berkenaan) kerana sijil takaful adalah satu kontrak yang mengikat semua pihak. Pertimbangan atau balasan yang wujud dalam kontrak ini ialah peserta membuat bayaran premium atau sumbangan secara berkala, sementara Syarikat Pengendali Takaful (SPT) menjanjikan bayaran ideminiti kepada peserta atau pihak yang diinsurankan. Perlaksanaan Akta Takaful 1984 ini dilengkapkan dengan pengenalan peraturan takaful dimana Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan dengan terperinci tentang keperluan-keperluan mandatori dan apa-apa yang terkandung dalam peruntukan tertentu di bawah akta berkenaan.[1]

MAJLIS PENASIHAT SYARIAH DAN JAWATANKUASA SYARIAH DALAMAN SYARIKAT PENGENDALI TAKAFUL

Majlis Penasihat Syariah diwujudkan untuk mengawasi dan memastikan pelaksanaan prinsip syariah dalam perkhidmatan kewangan Islam oleh penyedia perkhidmatan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia.[2]Majlis ini berperanan sebagai penasihat kepada Bank Negara Malaysia (BNM) dalam perkara yang berkaitan dengan syariah[3]. Di bawah Akta ini, Majlis di wujudkan di bawah Akta Bank Negara Malaysia (1958) dikekalkan dengan ahlinya yang dilantik oleh Menteri Kewangan. Pelantikan ahli majlis yang baharu akan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika timbul sebarang persoalan berkaitan dengan syariah dalam mana-mana prosiding mahkamah atau penimbangtara yang berkaitan dengan urusan kewangan Islam, pihak mahkamah atau penimbangtara perlu mengemukakan apa-apa persoalan tersebut kepada majlis untuk mendapatkan suatu keputusan. Keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah wajib dipatuhi.[4] Setiap Institusi kewangan Islam khususnya takaful dan perbankan Islam haruslah segera bertindak menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah masing-masing. Perkara ini berdasarkan undang-undang di bawah seksyen 53A dan 54 Akta Takaful 1984, seksyen 3(5) (b) Akta Bank Islam 1983, seksyen 124 (7) Akta Bank dan Institusi Perbankan 1989 dan bahagianVII (1) 51–58, Akta Bank Negara Malaysia 2009.Majlis penasihat yang dilantik adalah bertanggungjawab untuk menasihati dan memastikan operasi institusi kewangan Islam menepati rukun dan syarat syariah termasuklah dalam perniagaan dan pembangunan takaful serta produk perbankan Islam. Majlis bolehlah dianggap sebagai institusi Ijmak cendikiawan moden yang memainkan peranan penting bagi Institusi kewangan Islam di Malaysia. Keputusan adalah di bawah bidang kuasa majlis untuk menentukan kesahihan dan ke-Islaman sesuatu produk, dokumen dan operasi kewangan Islam mengikut syarak.[5] Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatan kuasa Syariah dalaman Syarikat Pengendali Takaful (SPT) adalah memainkan peranan yang amat peting bagi memastikan operasi syarikat kewangan Islam dan takaful berjalan lancar berdasarkan syariat Islam dalam erti kata lain ia adalah patuh Syariah. Secara dasarnya Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai kuasa mengeluarkan resolusi dan keputusan berkaitan dengan pematuhan syariah yang perlu dipatuhi dan dijadikan garis panduan untuk memastikan pematuhan syariah dalam Industri kewangan Islam termasuklah (SPT). Secara keseluruhannya, setiap isu dan permasalahan yang berkaitan dengan syariah dalam kewangan Islam samada berlaku di peringkat Bank Negara Malaysia mahupun di peringkat dalaman Syarikat Pengendali takaful (SPT) memerlukan sokongan, saling nasihat dan menasihati antara satu sama lain serta bertukar pandangan untuk mengukuhkan aspek pematuhan syariah dalam industri kewangan Islam[6]. Akta Bank Negara Malaysia 1958 dan Akta Takaful 1984 telah dipinda pada tahun 2003 untuk mengukuhkan lagi peranan Majlis Penasihat Syariah. Pindaan ini memberi pengiktirafan kepada majlis sebagai sebuah badan yang berwibawa yang mempunyai hak ke atas perkara-perkara Syariah yang berkaitan dengan Takaful. Status majlis telah dinaikkan taraf sebagai badan rujukan oleh mahkamah di Malaysia berhubung isu-isu Syariah yang berkaitan dengan kes Takaful. Untuk memainkan peranannya dengan lebih berkesan lagi MPS beroperasi sebagai sebuah badan bebas yang berintegriti tinggi. Terdapat perbezaan antara MPS dengan badan-badan Syariah yang bertindak sebagai penasihat dalam industri Takaful. Badan Syariah dalam industri Takaful dikenali sebagai Jawatankuasa Syariah (JS) dan memainkan peranan sebagai pelengkap kepada MPS Bank Negara Malaysia. Pada April 2005 BNM telah mengeluarkan Garis Panduan mengenai Tadbir Urus Jawatankuasa Syariah dalam Institusi Kewangan Islam, antara objektif garis panduan ialah menetapkan kaedah, peraturan dan prosedur penubuhan Jawatankuasa Syariah, menentukan peranan, skop tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Syariah, menentukan hubungan dan pengaturan kerja antara Jawatankuasa Syariah dengan MPS Bank Negara Malaysia.Garis panduan ini memerlukan setiap Pengendali Takaful untuk menubuhkan Jawatankuasa Syariah selaras dengan Seksyen 30 pada IFSA 2013. Garis panduan terperinci mengenai tadbir urus (JS) termasuklah cara pelantikan keahlian iaitu Lembaga Pengarah atas cadangan Jawatankuasa Pencalonan hendaklah melantik ahli-ahli (JS) dan hendaklah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Bank Negara Malaysia manakala tempoh sah pelantikan ahli (JS) adalah selama tempoh 2 tahun dan setiap ahli (JS) yang dicadangkan mestilah sekurang-kurangnya mempunyai sama ada kelayakan atau pengetahuan, kepakaran atau pengalaman dalam bidang Perundangan Islam (usul al-fiqh) dan juga Undang-undang urus niaga komersil Islam (fiqh al-mu'amalat). Walaubagaimanapun kelayakan atas kertas bukanlah mandatori selama mana calon mempunyai kepakaran atau pengalaman dalam bidang tersebut. Komposisi (JS) hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya lima (5) orang ahli dan seorang darinya sekurang-kurangnya seorang yang mempunyai pengetahuan dalam Syariah, yang berkhidmat sebagai urusetia kepada (JS) akan tetapi harus diingat bahawa sekatan dan larangan di bawah Seksyen 16B (6) Akta Bank Negara Malaysia 1958 yang mana pengendali takaful tidak dibenarkan melantik mana-mana ahli Majlis Penasihat Syariah untuk berkhidmat dalam (JS), ahli (JS) juga tidak boleh terlibat atau turut serta dalam pengurusan Pengendali Takaful.

IJTIHAD BERKAITAN KEWANGAN ISLAM OLEH MAJLIS PENASIHAT SYARIAH BNM DAN JAWATANKUASA SYARIAH SYARIKAT PENGENDALI TAKAFUL

Selain dua sumber utama iaitu al-Quran dan al-Sunnah, MPS juga memutuskan untuk menerima pakai sumber-sumber sokongan dan manhaj perundangan Islam yang lain seperti ijmak, qiyas, maslahah, istishsan, istishab, sadd zari`ah, `urf, maqasid syari`ah, siyasah syar`iyyah, ta’wil, istiqra’, talfiq dan lain-lain yang telah diterima pakai dalam perundangan Islam. Ini bersandarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. ketika Baginda melantik Muaz untuk menjadi kadi di Yaman. Rasulullah telah bertanya kepada Muaz tentang beberapa prinsip penting. Sabda Nabi s.a.w.: “Wahai Muaz, apakah rujukan kamu dalam memutuskan sesuatu keputusan?” Muaz menjawab bahawa beliau akan merujuk kepada al-Quran. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyoal lagi: “Bagaimana jika perkara yang dihukum tidak terdapat dalam al-Quran?” Muaz menjawab bahawa beliau akan merujuk kepada sebarang keputusan yang pernah diputuskan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi:“Bagaimana sekiranya perkara tersebut tidak pernah aku putuskan?” Lalu Muaz menjawab bahawa beliau akan berijtihad menggunakan pemikiran serta kebijaksanaannya untuk membuat keputusan. Cara Muaz menangani segala persoalan yang memerlukan keputusan hukum telah direstui oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabda Baginda: “Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah memberi petunjuk kepada Rasulullah dan utusan Rasulullah (Muaz).”[7] Dalam setiap Resolusi atau keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) adalah dianggap sebagai satu keputusan Ijtihad secara kolektif. Walaubagaimanapun resolusi dan keputusan Majlis Penasihat Syariah (BNM) bukan merupakan fatwa dalam pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Ini berikutan fatwa hanya boleh dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dan Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri dan fakta-fakta yang diputuskan ini perlu digazetkan terlebi dahulu sebelum di kuatkuasakan[8]. Kepakaran Majlis Penasihat Syariah (BNM) turut dibantu oleh Jawatankuasa Syariah di peringkat Syarikat Pengendali takaful (SPT) dalam membuat resolusi dan keputusan mengenai pematuhan syariah dalam kewangan Islam. Oleh yang demikian, resolusi, keputusan dan pandangan yang dikeluarkan boleh dianggap sebagai ijma’ dalam perkara berkaitan penentuan hukum dalam kewangan Islam.  Perkataan Ijma’ adalah istilah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada persetujuan sebulat suara di kalangan mujtahidun selepas kewafatan Nabi Muhammad (saw)[9].Tetapi, setakat mana kebenaran sesuatu hukum dikategorikan sebagai apa yang diijmakkan adalah sesuatu yang sukar kerana luasnya wilayah Islam dan wujudnya pelbagai aliran pemikiran di kalangan umat Islam. Oleh itu sebahagian besar ulama berpandangan, ijmak yang sebenarnya hanya berlaku pada zaman sahabat Rasulullah s.a.w. sebelum mereka keluar berpindah ke wilayah lain dan dakwaan ijmak selepas zaman tersebut adalah sesuatu yang agak sukar diterima.[10] Menurut Zaydan (1969), ijma’adalah sumber fiqh yang diperakui kesahihannya dan wajib diterima sebagai hukum. Proses ijma’ dalam penentuan hukum ini diperlukan untuk menentukan hukum-hukum dalam permasalahan syariah pada masa kini. Keperluan terhadap penentuan sesatu hukum oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Syariah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) disebabkan adanya isu-isu permasalahan syariah semasa yang timbul dalam industri kewangan Islam yang memerlukan kepada resolusi dan keputusan syariah. Keputusan Majlis Penasihat Syariah BNM juga telah diterima dalam kes Mohd Alias Ibrahim v RHB Bank Berhad & Anor [2011] 4 CLJ 654[11]. sebagai pendapat pakar.Dalam kes ini pihak Plaintif telah menandatangani perjanjian jual beli untuk membeli hartanah yang terletak dalam Projek Kota Warisan (‘tanah tersebut’) dan perjanjian bangunan untuk membina dan menyiapkan rumah berkembar atas tanah tersebut. Pada 29 Januari 2004, defendan pertama telah memberikan kepada plaintif kemudahan Bai Bithaman Ajil dan kemudahan talian wang tunai (perjanjian kemudahan tersebut) untuk membiayai projek pembinaan tersebut. Pada 8 Mac 2005, kesemua aset, hak dan liabiliti defendan pertama berkaitan perniagaan perbankan Islam diberikan kepada defendan kedua. Plaintif kemudian telah memulakan tindakan terhadap defendan-defendan menuntut, antara lain, deklarasi bahawa perjanjian kemudahan bertarikh 29 Januari 2004 yang dimasuki antara plaintif dan defendan-defendan adalah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan dan ganti rugi untuk pelanggaran perjanjian kemudahan beserta faedah dan kos. Pada 18 Mei 2010 permohonan defendan pertama di bawah A 18k 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 untuk membatalkan tuntutan plaintif telah ditolak. Walau bagaimanapun, semasa permohonan pembatalan disedari terdapat beberapa isu yang mewajarkan rujukan ke Majlis Penasihat Syariah (‘MPS’) plaintif dlm kes ini tidak berpuas hati dan telah memfailkan permohonan interlokutori. Dalam permohonannya plaintif membangkitkan tiga persoalan untuk pertimbangan mahkamah, iaitu, sama ada peruntukan-peruntukan yang dipersoalkan telah disusun untuk memberi kesan bahawa ia telah merampas kuasa kehakiman mahkamah untuk memutuskan isu-isu terkini pertikaian antara pihak-pihak dengan memindahkan kuasa tersebut kepada badan lain, yang mana dalam kes ini adalah MPS, apabila tiada peruntukan yang memberi kuasa dalam Perlembagaan yang membenarkannya berbuat demikian, kedua sama ada dengan meletakkan kewajipan ke atas mahkamah untuk merujuk apa-apa perkara perbankan Syariah kepada MPS dan menjadikan keputusan MPS itu mengikat mahkamah, litigan-litigan dinafikan apa-apa peluang untuk didengar dan ketiga sama ada peruntukan yang dipersoalkan tidak mempunyai kesan kebelakangan atas transaksi kerana dimasuki sebelum Akta tersebut mula berkuat kuasa. Oleh kerana isu-isu yang perlu dipertimbangkan mempunyai implikasi serius terhadap perkembangan industri perbankan Islam di Malaysia, mahkamah, dengan persetujuan pihak-pihak, menjemput Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia sebagai amicus curie untuk mengajukan pandangan mereka berhubung perkara tersebut. Dalam maklum balas amicus curie berhujah bahawa peruntukan yang dipersoalkan telah digubal menurut item 4(k) kepada Senarai I dalam Senarai Persekutuan kepada Jadual Kesembilan Pelembagaan, yang menentukan undang-undang Islam dan undang-undang peribadi lain bagi tujuan undang-undang persekutuan, oleh kerana kuasa kehakiman mahkamah wujud daripada undang-undang persekutuan mahkamah terikat untuk memutuskan bahawa peruntukan yang dipersoalkan adalah sah. Ini menurut amicus curie isu tentang peruntukan yang dipersoalkan tidak berperlembagaan tidak patut wujud. Amicus curie juga menunjukkan bahawa menurut s51(2) Akta tersebut Majlis Penasihat Syariah telah diberikan kebebasan untuk membuat proses dan prosedurnya sendiri jika perkara Syariah dirujuk kepadanya. Oleh itu, amicus curie berhujah bahawa untuk plaintif membuat kesimpulan yang haknya untuk didengar telah dinafikan di peringkat ini apabila tiada permohonan atau penolakan diberikan adalah bersifat spekulatif. Selanjutnya amicus curie berhujah oleh kerana Akta tersebut tidak mengenakan apa-apa batasan ke atas Majlis Penasihat Syariah untuk melaksanakan kewajipan statutorinya, mahkamah tidak patut menambah atau memberi maksud apa-apa terma mencadangkan apa-apa batas waktu Akta tersebut. Pada permulaan perbicaraan  plaintif telah membangkitkan bantahan awal berhubung bidang kuasa mahkamah untuk mendengar pertikaian ini. Walau bagaimanapun, amicus curie berpendirian bahawa mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk menentukan persoalan yang dikemukakan dengan bergantung kepada dua saranan undang-undang relevan, iaitu merujuk perkara 121 Perlembagaan, yang menentukan isu kuasa kehakiman, dan item 4 (k) kepada Senarai I dalam Senarai Persekutuan kepada Jadual Kesembilan Perlembagaan, dimana peruntukan yang dipersoalkan diluluskan. Diputuskan, menolak permohonan plaintif tanpa perintah untuk kos, diputuskan bahawa peruntukan yang dipersoalkan adalah undang-undang persekutuan sah yang digubal oleh Parlimen. Oleh itu ia terangkum dalam bidang kuasa dan kuasa mahkamah ini, dan juga perkataan tidak mandatori s 84 AMK, sama ada untuk merujuk atau tidak merujuk perkara ini ke Mahkamah Persekutuan. Di Malaysia, undang-undang Islam terangkum di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, yang memperoleh kuasanya di bawah undang-undang negeri yang digubal menurut perkara 74 (2) Perlembagaan Persekutuan, tetapi dalam kes-kes yang melibatkan transaksi perbankan berdasarkan prinsip-prinsip Islam, mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara sebegini. Walau bagaimanapun, dengan perkembangan alat kewangan Islam ia menjadi penting untuk menubuhkan satu pihak berkuasa kawal selia untuk mengawal pentafsiran seragam undang-undang Islam dalam skop pembiayaan dan perbankan Islam, dan di Malaysia, pihak berkuasa kawal selia itu adalah MPS. Berdasarkan s 52 Akta tersebut, yang menetapkan fungsi MPS, adalah jelas bahawa MPS ditubuhkan sebagai pihak berkuasa untuk penentuan undang-undang Islam bagi tujuan perniagaan perbankan Islam, perniagaan takaful dan perniagaan kewangan Islam. Oleh itu, jika mahkamah merujuk kepada mana-mana persoalan di bawah s 56(1) (b) Akta tersebut kepada Majlis Penasihat Syariah, MPS hanya perlu membuat pemastian dan bukan penentuan tentang undang-undang Islam berkaitan dengan persoalan tersebut. Tujuan utama menubuhkan MPS adalah untuk membentuk jawatankuasa khas dalam bidang perbankan Islam untuk mengenalpasti dengan cepat undang-undang Islam berhubung perkara kewangan. Dengan itu tiada sebab untuk mahkamah menolak fungsi MPS dalam mengenalpasti undang-undang Islam mana yang terpakai oleh mahkamah sivil dalam memutuskan suatu perkara. Melihat kepada kes ini maka dapat dijadikan hujah bahawa kedudukan keputusan Majlis Penasihat Syariah (BNM) diterima sebagai pendapat pakar dalam pematuhan syariah kewangan Islam sepertimana pemakaian seksyen 45 Akta Keterangan 1950 (Akta56) yang membenarkan mahkamah menerima pakai pandangan atau pendapat pakar dalam memutuskan sesuatu perkara. Justeru, keputusan Majlis Penasihat Syariah (BNM) dan Jawatankuasa Syariah Syarikat Pengendali Takaful (SPT) diterima sebagai keputusan ijma’atau pandangan yang disepakati yang wajib dipatuhi oleh setiap pihak yang menjalankan apa-apa aktiviti dan sebarang operasi, urusniaga dan hal ehwal berkaitan kewangan Islam.

PERBINCANGAN IMPLIKASI AKTA TAKAFUL 1984

Akta Takaful 1984 adalah merupakan akta yang pertama bagi Industri Takaful di Malaysia, peruntukkan dalam akta ini menjelaskan secara umum dan ringkas berkaitan tugas dan peranan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Syariah dalaman Syarikat Pengendali Takaful (SPT). Merujuk kepada sek 53A Akta Takaful 1984[12] menjelaskan bahawa Majlis Penasihat Syariah (BNM) adalah bertanggungjawab untuk menasihati perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan takaful Sek 53A Akta takaful 1984;-
 “Seseorang pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau adjuster itu boleh mendapatkan nasihat Majlis Penasihat Syariah berkaitan perniagaan takaful yang dijalankan dan hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah tersebut.”
 Istilah “nasihat” yang dipakai dalam Akta Takaful 1984 ini dilihat sangat terlalu umum dan tidak mengkhususkan peranan dan fungsi tertentu Majlis Penasihat Syariah dalam Industri Takaful. Penggunaan istilah“nasihat” ini juga sebenarnya tidak mencukupi bagi memastikan setiap Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang beroperasi mematuhi nasihat, keputusan atau pandangan yang telah diputuskan oleh Majlis Penasihat Syariah. Ianya hanya memberi maksud menasihati sahaja tetapi tidak memberi apa-apa peruntukkan atau kuasa yang jelas terhadap Badan Penasihat Syariah BNM[13]. Akta Takaful 1984 ini tidak mempunyai peruntukkan terperinci yang menjelaskan kesan dan akibat sekiranya (SPT) gagal untuk mematuhi keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah (BNM) (Maffuza Salleh, 2005)[14]. Seksyen 29 (2) Akta perkhidmatan kewangan Islam (APKI 2013) menjelaskan Bank Negara Malaysia (BNM) juga boleh untuk menentukan standard yang berkaitan dengan pematuhan Shariah seperti tadbir urus Syariah yang merangkumi fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Syariah suatu institusi dalam perkara yang berhubungan dengan pematuhan Syariah[15]. Tiap-tiap institusi samaada perbankan Islam atau Syarikat Pengendali takaful juga hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa dasar dan tatacara dalamannya mengenai tadbir urus Shariah adalah selaras dengan standard yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysi. Adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak yang disebutkan di atas, pada setiap masa mematuhi dasar dan tatacara dalaman yang diterima pakai oleh institusi itu untuk melaksanakan standard yang ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dalam subseksyen 29(1) dan (2) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Mana-mana pihak yang gagal mematuhi apa-apa standard yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan kesalahan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi Ringgit Malaysia dua puluh lima juta atau kedua-duanya.[16] Hasil daripada kajian dan  pemerhatian ini dapat disimpulkan bahawa peruntukan Akta Takaful 1984 masih lagi memerlukan kepada beberapa peruntukan pindaan dan penambahbaikan berkaitan tadbir urus syariah, banyak kekurangan dan kelompongan  dalam  peruntukan sedia ada. Oleh yang demikian dengan wujudnya Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 terbukti banyak membantu system kewangan Islam dan Takaful dalam merialisasikan hasrat kerajaan mempromosikan produk untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub dalam industri kewangan Islam. Antara perkara yang perlu diusahakan untuk menjadi sebuah hub kewangan Islam global ialah mengukuhkan tadbir urus syariah melalui peruntukkan perundangan.

PERBINCANGAN IMPLIKASI AKTA BANK NEGARA MALAYSIA 2009

Dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang terkini, peranan dan fungsi Majlis Penasihat Syariah dimantapkan lagi apabila Majlis Penasihat Syariah ini diberikan status badan berkuasa tunggal mengenai perkara Syariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan kewangan Islam. Sementara keputusan Majlis Penasihat Syariah hendaklah terpakai daripada mana-mama keputusan bercanggah yang diberikan oleh badan atau jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di Malaysia, mahkamah dan penimbangtara juga dikehendaki untuk merujuk kepada keputusan Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi mana-mana prosiding yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, dan keputusan tersebut hendaklah mengikat. Merujuk kepada seksyen 53A Akta Takaful 1984[17] yang mana menyatakan perkataan istilah “nasihat” ianya dilihat secara umum sahaja tanpa ada penjelasan secara terperinci berkaitan nasihat, apa yang dijelaskan dalam Akta Takaful 1984 sebenarnya tidak banyak perbezaan dengan apa yang telah disebut di dalam peruntukkan Akta Bank Negara Malaysia 2009, peruntukkan berkaitan Majlis Penasihat Syariah (BNM) dinyatakan dalam seksyen 51(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang menyatakan Bank Negara Malaysia boleh menubuhkan Majlis Penasihat Syariah yang menjadi pihak berkuasa bagi menentukan hukum yang berkaitan dengan kewangan Islam. Manakala, seksyen51(2) Akta Bank Negara Malaysia 2009 pula menjelaskan bahawa Majlis Penasihat Syariah (BNM) mempunyai kuasa untuk menentukan bagaimana proses penentuan setiap hukum yang berkaitan kewangan Islam dijalankan. Seksyen 52 Akta Bank Negara 2009 pula menyatakan fungsi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia dengan memperuntukkan bidang kuasa yang lebih luas kepada Majlis Penasihat Syariah.[18]Seksyen 52 (1) (a), (b) dan (c) memberikan kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah (BNM) dalam menentukan hukum syariah dan memberi khidmat nasihat berkaitan operasi kewangan Islam. Manakala, seksyen 52 (1) (d) apa-apa fungsi yang lain yang sebgaimana diputuskan oleh Bank Nagara Malaysia, ini bermakna Akta Bank Negara 2009 dilihat memperbaiki kekurangan Akta Takaful 1984 dengan memberi bidang kuasa dan tanggungjawab yang lebih luas kepada Majlis Penasihat Syariah berdasarkan kepada speksifikasi yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia yang sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa bagi memastikan pematuhan syariah Industri Takaful di Malaysia. Berkaitan pelantikkan Majlis Penasihat Syariah (BNM) seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009 merupakan suatu bentuk pemberian kredibiliti dan penghargaan kepada Majlis Penasihat Syariah (BNM) yang mana Majlis Penasihat Syariah (BNM) dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong[19]. Anggota Majlis Penasihat Syariah yang terdiri daripada cendekiawan Syariah, pakar undang-undang dan pengamal pasaran yang terkemuka merupakan individu yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi Syariah, terutamanya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia mempunyai tanggungjawab kepada 2 pihak iaitu terhadap Bank Negara Malaysia dan juga terhadap Institusi-institusi Kewangan Islam. Bank Negara Malaysia pula perlu merujuk Majlis Penasihat Syariah dalam dua situasi iaitu pertama berkaitan perniagaan kewangan Islam dan keduanya apabila menjalankan fungsi atau urusan atau hal ehwal yang berkaitan perundangan bertulis atau penentuan hukum syarak oleh Majlis Penasihat Syariah sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen55 (1)(a)dan(b) Akta Bank Negara Malaysia 2009. Seksyen 55(2) Akta Bank Negara Malaysia[20]seterusnya menyatakan pihak yang kedua perlu merujuk Majlis Penasihat Syariah iaitu institusi-institusi kewangan Islam termasuk Syarikat Pengendali Takaful bertujuan memastikan bahawa setiap operasi perniagaan institusi kewangan Islam mematuhi syariah. Mengenai Jawatankuasa Syariah pula, istilah “Jawatankuasa Syariah dalaman” Syarikat Pengendali Takaful (SPT) tidak disebut secara langsung dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 tetapi seksyen 54 Akta Bank Negara Malaysia 2009 telah menyatakan mengenai “urus setia Majlis Penasihat Syariah.” Seksyen 54(a) dan (b)Akta Bank Negara Malaysia 2009 menyatakan Bank Negara Malaysia boleh menubuhkan urus setia atau jawatankuasa yang boleh membantu fungsi Majlis Penasihat Syariah. Bank Negara Malaysia juga berhak untuk melantik mana-mana individu untuk menjadi ahli urus setia atau jawatankuasa yang dibentuk untuk membantu Majlis Penasihat Syariah. Istilah“urus setia” bagi membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga boleh ditafsirkan sebagai satu Jawatankuasa Syariah di peringkat dalaman yang tujuan utama membantu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia bagi menasihati dan mengawalselia pematuhan syariah khusus di peringkat dalaman Syarikat Pengendali Takaful (SPT).

PERBINCANGAN AKTA PERKHIDMATAN KEWANGAN ISLAM 2013 DALAM TADBIR URUS SYARIAH INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menyenaraikan secara terperinci tugas-tugas statutori lembaga pengarah, jawatankuasa syariah dan pihak pengurusan pengendali takaful bagi memastikan setiap Industri Takaful berjaya mencapai tahap patuh syariah secara keseluruhannya. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 adalah merupakan salah satu kesinambungan yang timbul hasil daripada pembentukkan rangka kerja tadbir urus syariah(Syariah Governance Framework-SGF)yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM) pada tahun 2011. Rangka kerja tadbir urus syariah dianggap sebagai garis panduan terpenting yang mesti dipatuhi oleh setiap institusi kewangan Islam termasuklah Syarikat Pengendali Takaful (SPT). SGF dan garis panduan lain yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia mempunyai kesan undang-undang yang sama seperti sebuah akta kerana seksyen 29 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013[21] telah memberikan kuasa kepada Bank Negara Malaysia untuk mengeluarkan apa-apa standard mengenai perkara syariah berkenaan dengan perjalanan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti institusi kewangan Islam. Objektif utama rangka kerja tadbir urus syariah (SGF) adalah untuk memastikan semua operasi dan aktiviti perniagaan institusi kewangan Islam selaras dengan kehendak syariah. Rangka kerja tadbir urus syariah (SGF) juga memberikan penekanan terhadap keperluan institusi kewangan Islam menjalankan fungsi pematuhan syariah yang terdiri daripada fungsi semakan syariah (shariah review), audit syariah (shariah audit), pengurusan risiko syariah (shariah risk management) dan kajian syariah (shariah research). Fungsi ini penting bagi memastikan tadbir urus syariah yang cekap dalam satu-satu institusi kewangan Islam[22].
Melihat kepada seksyen 27 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 pengunaan istilah “institusi”yang merujuk kepada orang yang diberi kuasa atau pengendali system pembayaran yang telah ditetapkan termasuklah Syarikat Pengendali Takaful (SPT). Bidang kuasa Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia masih kekal dan terpakai melalui bidang kuasa Bank Negara Malaysia sepertimana Akta Bank Negara Malaysia 2009. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ini dilihat bertujuan penambahbaikan dan mengukuhkan berkaitan resolusi dan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah (BNM). Sebagai contoh rujuk Seksyen28(2) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 jelas memberi maksud pematuhan terhadap resolusi dan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah sahaja dianggap mematuhi syariah. Seksyen 28(4) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ini turut memberi kuasa kepada Majlis Penasihat Syariah melalui Bank Negara Malaysia untuk menilai pelan perancangan institusi kewangan Islam dalam menguruskan ketidakpatuhan syariah dalam perniagaan, hal ehwal dan aktiviti institusi masing-masing. Tindakan Bank Negara Malaysia memberi ruang dan peluang kepada institusi kewangan Islam termasuk Syarikat Pengendali Takaful (SPT) menunjukkan usaha Bank Negara Malaysia bagi menggalakkan mana-mana Syarikat Pengendali Takaful mempunyai bahagian syariah dalaman yang kukuh yang berdikari. Bahagian syariah dalaman Syarikat Pengendali Takaful bukan sahaja perlu mengikut resolusi dan keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia sahaja malahan perlu menjalankan penyelidikan mengenai isu dan permasalahan syariah yang timbul di institusi masing-masing. Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Syariah lebih jelas dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 berbanding Akta Takaful 1984 dan Akta Bank Negara Malaysia 2009. Istilah “Jawatankuasa Syariah” dinyatakan secara langsung dalam penggal 2 iaitu berkaitan tadbir urus syariah bermula daripada seksyen 30 hingga seksyen 36 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Sebelum Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, aspek tadbir urus syariah khususnya dalam Industri Takaful hanya dijelaskan secara umum dalam Seksyen 53A (1) Akta Takaful 1984. Perundangan berkaitan tadbir urus syariah ini ditambahbaik lagi dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009 di bawah seksyen 54 yang menjelaskan penubuhan urus setia Majlis Penasihat Shariah namun ia masih tidak jelas dan kabur mengenai fungsi urus setia ini secara khusus. Setelah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 diperkenalkan, aspek tadbir urus syariah dihuraikan dengan lebih khusus dan terperinci antaranya Seksyen 30 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang mengarahkan agar mana-mana pihak institusi kewangan Islam perlu memohon terus kepada Bank Negara Malaysia untuk menubuhkan Jawatankuasa Syariah. Ini turut bertujuan membolehkan Bank Negara Malaysia mendapatkan maklumat secara jelas dan terperinci mengenai setiap profil termasuklah latar belakang pendidikan, pengetahuan dan pengalaman di kalangan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah dalam bidang kewangan Islam dan seterusnya memastikan pengawalseliaan yang baik boleh dilakukan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Syariah yang dilantik oleh institusi kewangan Islam.
 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut memperincikan mengenai kriteria pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah yang betul-betul berkelayakkan. Akta ini telah menunjukkan standard yang jelas dalam membuat pemilihan ahli-ahli dalam Jawatankuasa Syariah iaitu berdasarkan peruntukkan seksyen 31Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan perinciannya dalam seksyen 29 (2) (a) (ii) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Pemilihan ini seterusnya perlu disahkan secara bertulis oleh Bank Negara Malaysia sepertimana peruntukkan Seksyen 31 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Perincian berkaitan tadbir urus syariah mengenai tugas dan fungsi Jawatankuasa Syariah sepertimana yang diperuntukkan dibawah seksyen 32 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 iaitu berdasarkan apa sahaja standard tugas dan fungsi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 ini juga bukan hanya sekadar memberi tanggungjawab tadbir urus kepada Jawatan Syariah semata-mata malah ia meliputi Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi, Pegawai-Pegawai Kanan dan kakitangan lain yang terlibat dalam institusi kewangan Islam sepertimana seksyen 33 dan seksyen 34 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Seksyen 33 dan seksyen 34 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 mempunyai perbezaan yang amat ketara dengan peruntukkan perundangan sebelum ini berkaitan Industri Takaful termasuklah Akta Takaful 1984 dan Akta Bank Negara Malaysia 2009. Seksyen 33 dan seksyen 34 Akta Perkhidmatan Kewangan  Islam 2013 ini jelas memperuntukkan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah boleh berhenti atau dikeluarkan daripada ahli Jawatankuasa Syariah atas sebab-sebab yang tertentu berdasarkan peruntukkan perundangan. Peruntukkan ini dilihat bertujuan untuk memastikan hanya ahli-ahli Jawatankuasa Syariah yang benar-benar layak sahaja menjadi Jawatankuasa Syariah dan terdapat situasi-situasi tertentu yang menyebabkan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah boleh diberhentikan daripada jawatan tersebut. Ini menunjukkan komitmen Bank Negara Malaysia untuk memastikan bahawa kelayakkan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah dalaman supaya berpengetahuan luas dan mendalam serta sentiasa dikemaskini dengan pengetahuan dan pengalaman berkaitan isu semasa pematuhan syariah untuk memastikan pematuhan syariah dalam institusi kewangan Islam semasa yang semakin kompleks[23]. Seksyen 35 Akta Kewangan Islam 2013 mewajibkan pengurusan Institusi kewangan Islam untuk menyediakan apa-apa informasi yang diperlukan oleh Jawatankuasa Syariah  di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka agar kedudukan Jawatankuasa Syariah dalam Institusi kewangan Islam lebih teguh[24]. Perkara yang sama telah dilakukan kepada Majlis Penasihat Syariah BNM (MPS) Akta Bank Negara Malaysia Seksyen 51-58 antara lain menyatakan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS) yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong adalah bertanggungjawab memastikan kepatuhan Syariah di dalam apa-apa perkara yang melibatkan kewangan Islam dan resolusi yang dikeluarkan adalah patut dipatuhi. Institusi kewangan Islam perlu memastikan halatuju, operasi, bisnes dan aktiviti mereka adalah patuh Syariah. Ini menuntut semua polisi dalaman mereka dibangunkan dan diluluskan tidak melanggar prinsip-prinsip Syariah. Mungkin ada sebahagian dari masyarakat yang menganggap Institusi kewangan Islam ini hanya sekadar perlu membangunkan dan memasarkan produk-produk patuh Syariah semata-mata, sudah tentulah tanggapan sebegini amat jauh tersasar kerana Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 menuntut semua aktiviti Institusi kewangan Islam perlu patuh kepada Syariah. Institusi-institusi kewangan Islam perlu mengemukakan laporan audit Syariah untuk dinilai. Perkara ini terkandung dalam seksyen 37 dan 38 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Berdasarkan kepada peruntukan tersebut, mana-mana Institusi Kewangan Islam termasuklah Syarikat Pengendali takaful perlu melantik mana-mana orang (juruaudit) yang diluluskan oleh BNM untuk menjalankan audit pematuhan Shariah. BNM juga diberikan kuasa untuk mengarahkan sesebuah Institusi Kewangan Islam untuk melantik mana-mana orang yang diluluskan oleh BNM bagi tujuan menjalankan audit pematuhan Shariah di institusi-institusi berkenaan dan seterusnya mengemukakan laporan mengenai audit yang telah dijalankan kepada BNM. Sekiranya Institusi Kewangan Islam gagal melantik juruaudit pematuhan Shariah atau sebagai tambahan kepada juruaudit yang dilantik atau dalam keadaan-keadaan lain yang disifatkan wajar untuk tujuan pematuhan Shariah, maka pihak BNM boleh melantik juruaudit Syariah tertentu bagi tujuan yang sama. Saraan dan perbelanjaan juruaudit yang dilantik adalah ditanggung oleh pihak Institusi Kewangan Islam. Peruntukan mengenai audit Syariah di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dilihat mampu untuk mempertingkatkan tadbir urus dalam sesebuah Institusi Kewangan Islam terutamanya berkaitan aspek syariah. Dengan adanya audit Syariah yang efisien di setiap Institusi Kewangan Islam, keseluruhan tadbir urus organisasi akan menjadi lebih baik dan seterusnya meningkatkan tahap pencapaian serta dapat menjadi asas penambahbaikan kepada Institusi Kewangan Islam itu sendiri. Walaubagaimanapun, apa yang lebih penting adalah, bukan setakat urus tadbir organisasi sahaja yang perlu menepati kehendak syariah, akan tetapi tenaga kerjanya juga perlu mempunyai sikap dan tingkah laku yang selaras dengan kehendak syarak. Rentetan itu sekiranya berlaku sesuatu aktiviti yang tidak patuh syariah maka menjadi kewajipan ke atas Institusi Kewangan Islam untuk melaporkan perkara tersebut kepada Bank Negara Malaysia dan Jawatankuasa Syariah untuk dilaksanakan tindakan yang selanjutnya. Ini bermakna pihak pengurusan tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Syariah untuk mendapat kelulusan patuh Syariah[25].
KESIMPULAN

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI 2013) adalah kemuncak bagi usaha kerajaan Malaysia untuk memodenkan undang-undang yang mengawal selia perlakuan dan penyeliaan institusi kewangan di negara ini bagi memastikan undang-undang itu terus relevan dan berkesan untuk mengekalkan kestabilan kewangan Islam menyokong pertumbuhan menyeluruh dalam sistem kewangan Islam dan ekonomi negara Malaysia di samping menyediakan pelbagai perlindungan yang mencukupi untuk pengguna. Ia merupakan  Akta yang mantap bagi mengawalselia setiap industri kewangan Islam termasuklah Industri Takaful. Dalam aspek tadbir urus syariah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 begitu tegas bertujuan untuk melindungi para peserta yang terlibat dalam kontrak takaful pada masa yang sama tidak dinafikan juga Akta Perkhidmatan  Kewangan Islam 2013 ini masih baru serta belum berhadapan dengan situasi pertikaian dari sudut undang-undang yang kritikal sepertimana berlaku semasa Pra Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, contohnya dalam perbankan Islam sahaja terdapat kira-kira 20 kes pertikaian dibawa ke mahkamah sepanjang bermula 1994-2002[26].Akan tetapi pihak pengawalselia dilihat telah bersedia dan bertindak bijak dengan memperuntukkan kuasa kepada BNM untuk mengeluarkan garis panduan dan standard speksifikasi mungkin berubah dan sentiasa terkini dari masa ke semasa melalui seksyen 29 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013. Hasil dari pemerhatian dan kajian makalah ini menyimpulkan perubahan perundangan dalam Industri Takaful adalah bertujuan untuk memastikan kecukupan kerangka perundangan selaras dengan perubahan tempoh masa operasi Industri Takaful di Malaysia kira-kira hampir 30 tahun. Bermula dengan Akta Takaful 1984 kemudian ditambahbaik dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009. Perubahan dari sudut perundangan dari Akta takaful 1984 kepada Akta Bank Negara Malaysia 2009 ini telah mengambil masa kira-kira 25 tahun dan ini merupakan jangka masa yang terlalu lama dan sangat lembap untuk perubahan undang-undang daripada pihak pengawalseliaan dalam mengukuhkan sistem perundangan berkaitan industri kewangan Islam tetapi apabila situasi industri–industri kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pasaran wang Islam dan lain-lain yang berkembang pesat dan ditambah pula dengan pelbagai pertikaian dari sudut perundangan termasuklah melibatkan kes-kes ke mahkamah. Pihak pengawalseliaan telah mula menyedari keperluan terhadap perlunya pengukuhan perundangan lantas diperkenalkan dengan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 iaitu kira-kira selepas 4 tahun selepas Akta Bank Negara Malaysia 2009 diperkenalkan.



NOTA


[1] Ahmad Mazlan Zulkifli, Badrul Hisham abd.Rahman, Nasser Yassin& Jamil Ramly Amalan Asas Takaful , IBFIM.2012.

2 Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2010. Akta Bank Negara Malaysia 2009, Seksyen 51-58, International Law Book Service: Petaling Jaya, hlm 56-61.

3IBFIM,2007, Buku Panduan Asas Takaful. Kuala Lumpur, hlm. 79.  

4 BNM, 2010. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2009. Kuala Lumpur, hlm 121.  

5 Mohd Sadad Mahmud and Radiah Abd Kader(2012).Perkembangan Takaful di Malaysia: Satu Kajian Undang-Undang Kewangan Islam. KANUN, 24(2), 241–260.

6 Rusni Hassan and Mohammad Azam Hussain.(2013).Scrutinizing the Malaysian Regulatory Framework on Shari’ah Advisors for Islamic Financial Institutions.Journal of Islamic Finance, 2(1), 38–47.

7 Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan and Aznan Hassan(2013).Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia:Tinjauan Perspektif Undang-Undang.  KANUN, 2(2), 220–237.

8Mohd Alias Ibrahim v. RHB Bank Bhd & Anor Mohd Zawawi Salleh J (Banking; Constitutional Law; Islamic Law- Islamic banking - Shariah Advisory Council, rulings of - Whether binding on civil courts) [2011] 4 CLJ 654 [HC].

9 Sek.53A Akta Takaful 1984.
                                                                               
10 Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2008). Akta Takaful 1984: Satu Analisa. In Asmak Ab Rahman et al, (Eds.). Sistem Takaful di Malaysia: Isu-Isu Komtemporari, 103–117. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

11 Maffuza Salleh.(2005). Takaful Dari Prospek Syariah Dan Perundangan Mengikut Amalan di Malaysia. Tesis Ijazah Undang-Undang, Fakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan Malaysia.

12Sebagai contohnya,BNM telah mengeluarkan garis panduan yang dikenali sebagai“Shariah Governance Framework for Islamic Financial Institutions (BNM/RH/GL_012_3)” yang mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2011. Garis panduan ini adalah menyediakan kerangka tadbir urus Syariah yang perlu dipatuhi oleh semua institusi kewangan yang menjalankan urusniaga kewangan Islam di Malaysia.

13 Subseksyen 29(6) APKI 2013.(6) Mana-mana orang yang gagal mematuhi apa–apa standard yang ditentukan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.

14(1) Seseorang pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster boleh mendapatkan nasihat Majlis Penasihat Syariah tentang perkara Syariah yang berhubungan dengan perniagaan takafulnya dan pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster itu hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah.
     (2) Sesuatu persatuan;—
 (a) yang anggotanya merupakan pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster; atau
 (b) yang anggotanya merupakan syarikat insurans, ejen insurans, broker insurans atau ajuster insurans, yang ada antaranya mengendalikan perniagaan takaful, boleh mendapatkan nasihat Majlis Penasihat Syariah tentang perkara Syariah yang berhubungan dengan perniagaan takaful anggotanya dan persatuan itu dan anggotanya yang mengendalikan perniagaan takaful hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah.
      (3) Dalam seksyen ini, “Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 16 b(1) Akta Bank Negara Malaysia 1958.

15Akta Bank Negara Malaysia 2009[Akta 701].

16Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri setelah berunding dengan Bank, melantik daripada kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin yang berkaitan sebagai anggota Majlis Penasihat Shariah.

17  (2) Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan kewangan Islamnya, boleh—
(a) membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau (b) mendapatkan nasihat, Majlis Penasihat Shariah mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Shariah.

18 (2) Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan mana–mana perkara yang berikut yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:(a) tadbir urus Shariah termasuk—
(i) fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi berhubungan dengan pematuhan Shariah;
(ii) kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakanseorang anggota jawatankuasa Shariah; dan
(iii) fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan

19 Ruzian Markom, Sistem Governans Perbankan Islam.UKM.

20 Surianom Miskam and Muhammad Amrullah Nasrul Miskom.(2013). Shariah Governance in Islamic Finance: The Effects of The Islamic Financial Services Act 2013. Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2013), Langkawi, Malaysia. 25-26 November 2013.

21 1) Suatu institusi dan mana–mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah—
(a) memberikan apa–apa dokumen atau maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang dikehendaki oleh jawatankuasa Shariah; dan
(b) memastikan bahawa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau tidak mengelirukan dalam apa–apa butir material, bagi membolehkan jawatankuasa Shariah itu menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 36, anggota jawatankuasa Shariah tidak boleh mendedahkan apa–apa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1) kepada mana–mana orang lain.

22Abdul Hakim Othman. Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam Kali Ke-9 pada 10 November 2014 Bersempena KLIFF 2014.

23 Ruzian Markom et al., (2011). Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of Malaysia. European Journal of Law and Economics, 1–34. doi: 10.1007/s10657-011-92494,

RUJUKAN
Ahmad Mazlan Zulkifli, Badrul Hisham abd.Rahman, Nasser Yassin& Jamil Ramly Amalan Asas Takaful , IBFIM.2012.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2010. Akta Bank Negara Malaysia 2009, Seksyen 51-58, International Law Book Service: Petaling Jaya, hlm 56-61 .

IBFIM, 2007. Buku Panduan Asas Takaful. Kuala Lumpur, hlm. 79.

BNM, 2010. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2009. Kuala Lumpur, hlm 121.  
Mohd Sadad Mahmud and Radiah Abd Kader. (2012). Perkembangan Takaful di Malaysia: Satu Kajian Undang-Undang Kewangan Islam. KANUN, 24(2), 241–260.

Rusni Hassan and Mohammad Azam Hussain. (2013). Scrutinizing the Malaysian Regulatory Framework on Shari’ah Advisors for Islamic Financial Institutions. Journalof Islamic Finance, 2(1), 38–47.

Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan and Aznan Hassan (2013). Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia: Tinjauan Perspektif Undang-Undang. KANUN, 2(2), 220–237.

Mohd Alias Ibrahim v. RHB Bank Bhd & Anor Mohd Zawawi Salleh J (Banking; Constitutional Law; Islamic Law-Islamic banking - Shariah Advisory Council, rulings of - Whether binding on civil courts) [2011] 4 CLJ 654 [HC].

Akta Takaful 1984.(AKTA312).

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.(AKTA 759) Perintah-perintah Am. 
Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2008). Akta Takaful 1984: Satu Analisa. In Asmak Ab Rahman et al, (Eds.). Sistem Takaful di Malaysia: Isu-Isu Komtemporari, 103–117. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Maffuza Salleh. (2005). Takaful Dari Prospek Syariah Dan Perundangan Mengikut Amalan di Malaysia. Tesis Ijazah Undang-Undang, Fakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan Malaysia.

Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701].

Ruzian Markom, Sistem Governans Perbankan Islam.UKM.

Surianom Miskam and Muhammad Amrullah Nasrul Miskom. (2013). Shariah Governance in Islamic Finance: The Effects of The Islamic Financial Services Act 2013.Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK2013), Langkawi, Malaysia. 25-26 November 2013.

Abdul Hakim Othman. Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam Kali Ke-9 pada 10 November 2014 Bersempena KLIFF 2014 .

Ruzian Markom et al., (2011). Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of Malaysia. European Journal of Law and Economics, 1–34. doi: 10.1007/s10657-011-9249-4,.



[1] Ahmad Mazlan Zulkifli, Badrul Hisham abd.Rahman, Nasser Yassin& Jamil Ramly Amalan Asas Takaful , IBFIM.2012
[2] Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 2010. Akta Bank Negara Malaysia 2009, Seksyen 51-58, International Law Book Service: Petaling Jaya, hlm 56-61  
[3] .IBFIM, 2007. Buku Panduan Asas Takaful. Kuala Lumpur, hlm. 79.  
[4] BNM, 2010. Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2009. Kuala Lumpur, hlm 121.  
[5] Mohd Sadad Mahmud and Radiah Abd Kader. (2012). Perkembangan Takaful di Malaysia: Satu Kajian Undang-Undang Kewangan Islam. KANUN, 24(2), 241–260.
[6] Rusni Hassan and Mohammad Azam Hussain. (2013). Scrutinizing the Malaysian Regulatory Framework on Shari’ah Advisors for Islamic Financial Institutions. Journalof Islamic Finance, 2(1), 38–47
[7] Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
[8] Mohammad Azam Hussain, Rusni Hassan and Aznan Hassan (2013). Resolusi Syariah oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia: Tinjauan Perspektif Undang-Undang. KANUN, 2(2), 220–237
[9] Aznan Hasan, Asas Syariah dalam Kewangan Islam,ms. 39
[10] Abu Zuhrah, Usul al-Fiqh, hh. 188–189.
[11] Mohd Alias Ibrahim v. RHB Bank Bhd & Anor Mohd Zawawi Salleh J (Banking; Constitutional Law; Islamic Law- Islamic banking - Shariah Advisory Council, rulings of - Whether binding on civil courts) [2011] 4 CLJ 654 [HC].
[12] Sek.53A Akta Takaful 1984.                             
[13] Abdullah @ Alwi Haji Hassan (2008). Akta Takaful 1984: Satu Analisa. In Asmak Ab Rahman et al, (Eds.). Sistem Takaful di Malaysia: Isu-Isu Komtemporari, 103–117. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
[14] Maffuza Salleh. (2005). Takaful Dari Prospek Syariah Dan Perundangan Mengikut Amalan di Malaysia. Tesis Ijazah Undang-Undang, Fakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan Malaysia.
[15] Sebagai contohnya, BNM telah mengeluarkan garispanduan yang dikenali sebagai “Shariah Governance Framework for Islamic Financial Institutions (BNM/RH/GL_012_3)” yang mula dikuatkuasakan pada 1Januari 2011. Garispanduan ini adalah menyediakan kerangan tadbir urus Shariah yang perlu dipatuhi oleh semua institusi kewangan yang menjalankan urusniaga kewangan Islam di Malaysia.
[16] Subseksyen 29(6) APKI 2013. (6) Mana–mana orang yang gagal mematuhi apa– apa standard yang ditentukan di bawah subseksyen (1), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.
[17] (1) Seseorang pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster boleh mendapatkan nasihat Majlis Penasihat Syariah tentang perkara Syariah yang berhubungan dengan perniagaan takafulnya dan pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster itu hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah.
     (2) Sesuatu persatuan;—
 (a) yang anggotanya merupakan pengendali takaful, ejen takaful, broker takaful atau ajuster; atau
 (b) yang anggotanya merupakan syarikat insurans, ejen insurans, broker insurans atau ajuster insurans, yang ada antaranya mengendalikan perniagaan takaful, boleh mendapatkan nasihat Majlis Penasihat Syariah tentang perkara Syariah yang berhubungan dengan perniagaan takaful anggotanya dan persatuan itu dan anggotanya yang mengendalikan perniagaan takaful hendaklah mematuhi nasihat Majlis Penasihat Syariah.
      (3) Dalam seksyen ini, “Majlis Penasihat Syariah” ertinya Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 16b(1) Akta Bank Negara Malaysia 1958.

[18] Akta Bank Negara Malaysia 2009 [Akta 701].
[19] Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Menteri setelah berunding dengan Bank, melantik daripada kalangan orang yang berkelayakan dalam Shariah atau yang mempunyai pengetahuan atau pengalaman dalam Shariah dan dalam perbankan, kewangan, undang-undang atau apa-apa disiplin yang berkaitan sebagai anggota Majlis Penasihat Shariah.
[20]  (2) Mana-mana institusi kewangan Islam berkenaan dengan perniagaan kewangan Islamnya, boleh—
(a) membuat rujukan untuk mendapatkan suatu keputusan; atau (b) mendapatkan nasihat, Majlis Penasihat Shariah mengenai operasi perniagaannya bagi menentukan bahawa ia tidak melibatkan apa-apa unsur yang tidak selaras dengan Shariah.

[21] (2) Sebagai tambahan, Bank juga boleh menentukan standard yang berhubungan dengan mana–mana perkara yang berikut yang tidak menghendaki penentuan hukum Syarak:(a) tadbir urus Shariah termasuk—
(i) fungsi dan kewajipan lembaga pengarah, pegawai kanan dan anggota jawatankuasa Shariah suatu institusi berhubungan dengan pematuhan Shariah;
(ii) kehendak layak dan sesuai atau kehilangan kelayakanseorang anggota jawatankuasa Shariah; dan
(iii) fungsi pematuhan Shariah dalaman; dan
[22] Ruzian Markom , Sistem Governans Perbankan Islam.UKM.
[23] Surianom Miskam and Muhammad Amrullah Nasrul Miskom. (2013). Shariah Governance in Islamic Finance: The Effects of The Islamic Financial Services Act 2013.
Proceeding of the World Conference on Integration of Knowledge (WCIK 2013), Langkawi, Malaysia. 25-26 November 2013.
[24] 1) Suatu institusi dan mana–mana pengarah, pegawai atau pengawal institusi itu hendaklah—
(a) memberikan apa–apa dokumen atau maklumat yang berada dalam pengetahuannya atau yang boleh didapati olehnya yang dikehendaki oleh jawatankuasa Shariah; dan
(b) memastikan bahawa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah perenggan (a) adalah tepat, lengkap, tidak palsu atau tidak mengelirukan dalam apa–apa butir material, bagi membolehkan jawatankuasa Shariah itu menjalankan kewajipannya atau melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
(2) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 36, anggota jawatankuasa Shariah tidak boleh mendedahkan apa–apa dokumen atau maklumat yang diberikan di bawah subseksyen (1) kepada mana–mana orang lain..

[25] Abdul Hakim Othman. Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam Kali Ke-9 10 November 2014 Bersempena KLIFF 2014 .
[26] Ruzian Markom et al., (2011). Adjuction of Islamic Banking and Finance Cases in the Civil Courts of Malaysia. European Journal of Law and Economics, 1–34. doi: 10.1007/s10657-011-9249-4,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan